Travelegoue : Jakarta 2012 (Part 4)

Pasar Jatinegara

Hari kedua, kami sepakat suruh Pak Supir bawa kami ke Pasar Jatinegara. Hasil google dari blog KAK LEEZ, Pasar Jatinegara ini terkenal borongan untuk cenderahati untuk perkahwinan atau sebarang acara.

 Muka sembab tak cukup tidur…kekekeke…makan kenyang-kenyang supaya tidak meragam nak berjalan nanti 🙂

Masuk je dalam Pasar Jatinegara ni, masyaAllah…panas berbahang. Memang tak berekon kot..cuma kat kedai-kedai yang ada kipas. Kalau bawak budak-budak..bukan budak-budak jek menangis..mak ngan bapak pun turut nangis. 

Tapi bila tengokSegala assesori ada..kalau mak saya gi nie..mesti mabuk laut. Semua cecantik dan memurah sangat. Tapi nak murha lagik kena beli boronglah..

Berpinau mata nengok brooch ni..tapi saya tak beli brooch pun sebab besar-besar sangat..saya beli cincin + gelang untuk ole-oleh keluarga…

Macam-macam doorgift ada…rasa cam nak kawin balik plak..cantik-cantik..tapi empunya diri tak berkenan plak..kesian bos saya tu..

Akhirnya borongan kami ialah kain batik. Memang berbaloi shopping kat sini. Boleh beli secara pukal. Sapa nak niaga boleh ke Pasar Jatinegara.

10 thoughts on “Travelegoue : Jakarta 2012 (Part 4)”

  1. I’m really enjoying the design and layout of your site. It’s a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a developer to create your theme? Outstanding work!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge