Doa Ketika Hari Hujan

Salam Jumaat. Alhamdulillah…jumaat yang penuh berkat dengan limpahan hujan mencurah-curah dari seawal pagi lagi.
 
Rasa malasnya ingin bersiap. Rasa malasnya mahu ke kerja. Tarik selimut sambung tidur lebih seronok rasanya.
 
Tapi saya sudah dibiasakan oleh bos..jangan ponteng/mc hari jumaat. Tidak elok untuk rekod pekerjaan.

Asal hujan jek kita selalu mengeluh…lahhh..hujan pulak…camner ni..

Nak sidai kain pun tak boleh..nak sapu laman pun tak boleh…

Dulu saya selalu mengeluh sebegitu…tidak pernah bersyukur sedangkan tahu..bahawa hujan itu pembawa rahmat.

Tapi nasib baik hati masih terang. Nikmat Allah berikan. Mula sedar diri. Mula insaf.

Seharusnya hujan itu pembawa rahmant buat kita. Janganlah mengeluh.

Maka berdoalah kita.

 
Antara waktu yang mustajab doa seseorang ialah ketika hujan mulai turun sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
 
“Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turun hujan.”
Imam al-Syafi’i berkata, “Aku telah mendapati banyak orang yang mencari terkabulnya doa pada saat turun hujan dan pada saat shalat didirikan.”


Lafaz doanya ialah :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.( Riwayat Imam al-Bukhari).

Dalam riwayat Sunan Ibnu Majah, baginda saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

Kita hendaklah berdoa dengan doa Rasulullah saw ini bila hujan mulai turun dan boleh ditambah dengan doa hajat dan keperluan kita. Mudah-mudahan doa ketika ini diterima oleh Allah SWT.

 

WALLAHU TA’ALA A’LAM

 
Saya suka masa hujan sebab saya akan berdoa untu kesihatan anak saya Firhan Qayyum.

16 thoughts on “Doa Ketika Hari Hujan”

  1. dolu2 selalu mengeluh setiap kali hujan time nak gi keje [biler time coti sonok pulak ;p] lepas tu mak saye sound -“nak salahkan sape..?? saper yang turunkan hujan..??”-terus sentap dah istifar cecepat..tak nak merungut dah lepas tu…

  2. tadi my son baru ckp nk ponteng sekolah agama sbb ujan tapi i ckp hujan tu mbawa 1000 kebaikan yg tersmbunyi..satu langkah kita bergerak tuk timba ilmu Allah kasi pahala berganda…

    terus dia nk ke sekolah hehehe

  3. saya time hujan turun dengan suasana lepas hujan.. sejuk pemandangan jadi sangat mendamaikan.. time2 gitu doa pun rasa macam bersemangat 🙂

  4. doa yang baik.. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini.. semoga doa2 kita sentiasa dimakbulkan.. klu hari hujan mmg sedap nak tarik selimut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge