Tsunami

Masih cerita kisah semalam lagi.
Usai semua kerja settle. Lepak layan tv lagi.
Berita tergempar. Tsunami bakal melanda. Gempa bumi berlaku di Acheh dan turut dirasai di Malaysia.
Sepupu saya di Sungai Petani bagitau bahawa dia jugak turut merasai gegaran tersebut lebih kurang pukul 3 lebih petang waktu Malaysia. Dan sekali lagi jam 7 lebih pulak. Kami risau jugak tapi dia kata jangan risau, keadaan stabil.
Dan sahabat saya di Padang, Indonesia juga mengabarkan keadaan disana aman-aman saja. Alhamdulillah.
Sebenarnya kisah Tsunami 26 Disember 2004 mengingatkan kenangan lama saya. Qayyum lahir sehari selepas Tsunami iaitu 27 Disember 2004.
Semoga keadaan semuanya selamat. Semoga Allah lindungi kami umat islam di seluruh dunia.

6 thoughts on “Tsunami”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge