Selera Jepun

Hari terakhir di bulan April. Bulan penuh makna.
Minggu lepas jalan-jalan kat One Utama. Sebab utama nak pergi JJ. Bukan nak beli apapun..saje jalan-jalan ngan Encik Suami.
Perut lapar. Kami singgah food court JJ. Lihat Japan Bento (Nasi berlauk)…macam berkenan jek. Memang saya bukanlah fanatik masakan jepun..tapi kalau Teppanyanki memang saya suka. Sekarang ni susah nak dapat tukang masak yang hensem kat Teppanyanki. Bukan saya yang kata ek…Encik Suami yang kata. Kalau saya ajak makan kat Teppanyanki, mesti dia nak tengok tukang masak dulu samada ensem ke idak. Yelaa…sekarang ni bukan orang kita yang masak tapi kebanyakkannya orang asing.
Disebabkan mood Jepun sudah mari. Saya pilih Saba Mackeral Don.
 
Kalau letak sambal tumis lagi sodapp…hehehehehe…Sebenarnya dulu saya penah masak MACKEREL nie…tapi versi melayulah…bukan versi Jepun. Kali dah berlegar-legar dlm otak nak masak apa plak T__T
“Gendang gendut tali kecapi
Sudah kenyang senang hati”
 
 My syiling Machine
Pertama kali lihat ada mesin syiling nie. Ingatkan mesin syiling bank. Rupa-rupanya kalau korang terlalu banyak syiling then korang nak beli barang kat JJ korang tak payah bawak duit kertas. Korek jek duit tabung anak korang then tukar ngan voucher JJ. Terus boleh shopping. Duit tabung anak korang tu jangan lupa ganti plak ngan duit kertas korang tau.
Dalam otakpun dah berlegar-legar nak buat apa ngan syiling yang berlambak kat umah tu. Kalaulah semua shopping mall ada mesin syiling ni..alangkah bahagianya….

10 thoughts on “Selera Jepun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge