Demam

Masa mengajar anak-anak adalah masa yang paling mencabar. Sekejapan saja boleh berubah jadi Ultraman. Sekejapan boleh jadi Tarzan. Mungkin sebab itu saya tak layak jadi cikgu walaupun pernah dapat tawaran (^__^)
Ini kisah dulu semalam. Time kerajinan Qayyum yang tidak dijangka. Adakalah rajin buat homework sekolah jek..adakala terlebih rajin buat homework yang Mama sediakan.
Tujuan hanger disisi Qayyum. Itu rawatan kemalasan namanya 🙂
Bukan apa saja jek letak sebab bagi peringatan agar tidak malas disamping dijadikan sebagai pembaris. Keh!keh!keh!
Ye!Memang anak saya ni hisap botol susu lagi diusia delapan tahun. Memang dia digalakkan minum susu untuk membina kalsium tulangnya. Tapi…susah nak lepaskan dari botol susunya. Puas saya ajar guna cawan tapi tak seronok katanya….Janji dia bahagia.
Semalam. Qayyum demam. Bukan akibat kena hanger ek…sebab kena hujan. Badannya panas. Kasihan Qayyum. Bila demam sopan jek perangai dia tapi still boleh buat lawak. Demi menjaga hati Mama.
Dia jarang demam sebenarnya dan hari ini terpaksa cuti sekolah. Takut pengsan plak kat sekolah. Dia suka dalam duka.
Semoga bucuk Mama cepat sembuh.
 

18 thoughts on “Demam”

  1. sama gak ngan akak… awal tu baik jer mengajar lepas tu tertukar jd singa jadian dah… hehe…mcm tu la kita ni kan klu anak2 demam pasti susah hati..moga qayyum cepat sembuh…

  2. Lieya pun garang kalo ajar anak mmg patut pun xjd cikgu kikiki abis budak2 trauma gi sekolah nanti hahahaha

    Same laa, anak lieya si mia tu darjah 1 pun berbotol lg, xmolaa soh stop botol sbb takut die akan stop susu terus…. Budak2 ni biase camtu….. Xpelaa biar mereka stop sendiri….

  3. izan pun sama juga kak alin. kalau dgn abg muhaimin tu tak sah kalau tak kena bebel2 dulu. ni ptg2 camni wajiblah dia pegi main..jumpa kawan2. mujurlah ps2 tu boleh dicutikan…

    auntie doakan qayyum cepat sembuh ye!

  4. sama la dgn asya..nk mgajarnya sgt ,cabar.. ye la..nak paksa2 sgt tkut dia bosan..lg pon lya x pnh htr dia skolah lagi..igt next year nk htr sekolah la.. just bgi buku utk latih tgn dia mnulis dgn ikut garisan titik tu.. mula2 ok la..lps tu..mula la main2..

    sama mcm asya..smpai skrang still bbotol..mcm2 cara gak buat.. x mjadi..huk2..xpela..smpai masa tu bhentila kan

  5. “laaa demam pulak dah dia…tapi itulah ujian untk para ibu,allah nak menguji kekuatan kita…sabar ke tak…harap2 cepat sembuh yer qayyum…pasal mangajar ank2 tu ko sama jer macam akk ni,kejap2 boleh bertukarrrrr….mcm transfomer lak…jadi jet lee pon boleh,akak ni pandai la jugak bab2 karate ni…hahaha..nasib baik time ajar ank2 kenkwn 2-3 org tu leh jadi baik lak..hehe,ank org kan..kalau tk tk pasal2 masuk dalam..jangannn..”

  6. betul, minum susu bagus, cuma nak ajr minum gelas tu, tk nak eh…mcm ank diana juga….try minum dlm gelas, tk diminumnya…ermmm…layankan aje lah minum dlm botol…;-) (katanya, mama, iman nak minum susu dlm botol smpi tingkatan 6..hahahha…)

  7. Owh sama la teruna kita. Darjah 2 tapi masih dgn botol. Bezanya emir pakai weaning cup tp gaya minum tetapppp mcm botol. Celik mata nak susu. Be4 tido susu. Hailah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge