Minggu Yang Kusam :(

Assalamualaikum kawan-kawan saya. Semoga kalian sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit. Semoga rezeki kalian sentiasa murah.
Hampir seminggu tidak ke udara di ruang legar blog ini. Macam-macam cerita terkumpul.
Saya tidak berapa sihat jadi saya tidak mempunyai aura dan mood untuk berblogwalking. Tekak saya kering. Tekak saya perit. Asyik kebatukkan melampau sampai senak perut. Hidung saya tersumbat. Saya tidak suka berkeadaan sebegini. Bukan bermakna saya tidak redha dengan ujian Allah…cuma tidak selesa untuk semua perkara.
Saya rasa tahun ni sudah 2 kali saya dapat sakit begini. Saya masih mencari punca. Mungkin antibodi semakin kurang kot 🙁
Mungkin saya kurang tidak bersukan. Nak jogging kena tunggu beli kasut jogging dulu. Kena tunggu beli seluar jogging dulu. Banyak alasan yang diberi. 

Tidak sanggup melihat diri sendiri terseksa…saya buat perkara paling tidak suka iaitu jumpa doktor 🙂 Kan dah dapat ubat berjenis-jenis. Kan dah dapat MC. Tipu okey..hehehehhee 🙂 Air asam jawa buat pengubat suara yang garau…
Dapat Kad Hari Ibu dari Balqis & Qayyum. Nak dijadikan ceriter…sebelum saya dapat kad ni dorang baru jek kena jeritan maut dari saya sebab tak dengar kata. Tup-tup tengah sibuk kat dapur..ada kad merah jambu atas meja. Rasa nak nangis tapi cover.
“Nabi ajar agar ibu dikenang setiap hari bukan setahun sekali” #ustaz azhar idrus
Benar. Saya terpukul dengan kata-kata itu. Cuma dah terbiasa ngan bulan Mei kan.

Anyway…Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang saya kenali.

 
Saja nak tayang kukus baru beli kat Padang Besar ritu :)….hehehehehehe..sebenarnya sedang sibuk mengukus Apam Polkadot untuk tempahan. Bulan Mei ada diskaun 🙂
Tahun ni bagi kelainan sikit untuk sambutan Hari Guru. Selalu jenuh berlegar-legar kat kedai 2 hengget. Tahun lepas berlegar-legar kat kedai brooch CK Rahim. Tahun ni berlegar-legar kat dapur Little Voice Choc Cakes plak. Idea ini datang dari customer saya , Maimun merangkap BFF. Tempah Apam Polkadot 200 bijik untuk diagih-agihkan kepada cikgu-cikgu kesayangan. Saya pun tumpang sekaki. Harap cikgu-cikgi tak kecik hati sebab tahun ni Balqis & Qayyum bagi goodies Apam jek kat cikgu-cikgi ek.
Jasa cikgu-cikgi yang tak pernah jemu mengajar anak-anak saya, memang saya hargai…terutama cikgu Qayyum. Dari tak pandai baca sampai pandai baca dan cikgu selalu puji dia. Saya bangga. Tunggu hari ambik kad laporan saya jumpa cikgu ye 🙂 Selamat Hari Guru buat anda yang bergelar Guru 🙂
Esok saya bercuti. Cuti bergilir-gilir sebab mak ngan abah ke Surabaya. Seronok katanya melawat Ladang Epal di sana. Biarlah mak ngan abah ber’honeymoon’..hehehehehehe…
Sekian.
Yang benar,
Saya 🙂

28 thoughts on “Minggu Yang Kusam :(”

  1. moga alin cepat sembuh ya. Ujian kecil daripada-Nya, itu maknanya, Allah dekat dgn kita, Insya-Allah. Lepas ni dah sembuh, p bersukan ya…tak nak joging, bnyk2kan jalan kaki..(ewah, pandai aje dieyana nasihat….;-)

    wah, bestnya cikgu dpt apam polkadot..okey sgt2 tu…kenyang perut cikgu..;-)

  2. alahai… patutlah lama tak nampak kak alin. tak sihat rupanya ye. izan pun paling tak suka nak makan ubat2 ni. nak mkn vitamin masa peknen ni pun rasa bercinta…

    syoknya cikgu2 dpt apam polkadot yg super duper comelllsss… i like!

  3. “owhh tak sihat rupanya..takper banyakkan rehat smga makin sembuh dn selalu jaga kesihatan…ehemm…amik tempahan apam dotdot ker..rajinnya kamu kan…idea nak bagi cikgu2 ngan apam tu mmg bagus..nnti kalau depa bekenan dpt lagi byak tempahan…insyaallah..”

  4. sakit ke kak?moga cepat sembuh ye…eh apam polka dot tu nampak sedap…meh baling kt sy seketul dua hahaha….

    happy belated mother's day kak alin…urm btw, kt kad tu, apa tujuan nombor2 kt tepi kad tu?hihihi…

  5. saya penah kena gak mcm Alin tuh..saya ada jumpa pakar jugak..byk faktor rasanya..especially cuaca yg sangat panas skang, kena byk minum air kosong, allergy pun boleh jadi mcm tuh…saya dulu slalu batuk malam,lama sgt,smpai 2 bulan lebih, lepas makan vit C byk2, makan steroid sume baru ok ALin

  6. alin, yg psal conversion rate tu, duit viet lebih reandah dr indo. 1 juta = rm152 shj(masa KC tukar haritu)

    Kalau nak gi bgtau ye. nnt KC buleh tlg. Insyaallah.

  7. saya biaca ini blog dari laen punya negeri tapi 'Nepal' juga ada tunjuk sana visitor??? sungguh sangat hairan… nice blog 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge