Attending Rainbow Cake Class with Min Baking Project

Mencari ilmu biar sampai ke negeri China. Tapi saya tak mampu. Kat KL pun jadilah.

Sabtu lepas, demi menuntut keinginan hati yang membuak-buak ingin berjumpa nganKAK MIN dan ingin menuntut ilmu ngan CHEF GUNAWAN, saya gagahkan kaki ke sana walaupun untuk kelas demo jek (korang tengok je Chef masak)

Memang seronok. Dapat jumpa kawan-kawan baru.

Mari belajar buat kek rainbow 🙂

Saya dapat kawan baru. Yang baju hijau tu..Kak Kasma dan yang manis berspek mata tu Shufia. Yang lain tak sempat beramah tamah…hehehehehe..

Kami diajar oleh  CHEF GUNAWAN cara membuat Rainbow Cake + Italian Meringue. Nampak macam mudah tapi rumit jugak bagi budak baru belajar cam saya dan mereka yang lain.

Peserta-peserta yang mengambil kelas.

Inilah hasil demo Rainbow Cake with Italian Meringue yang kami belajar. Memang sedap tapi agak manis. Satu hari saya pasti akan berjaya buat gak. Doakan saya ye…

Apa yang saya pelajari, kita sesungguhnya yang bijak pandai ni tak boleh kedekut ilmu. Curahkan. Tak kemana pun. Insyaallah..besar pahala kita nanti.

Dapatkan Panduan Berniaga Cupcake dari rumah DISINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge