Hari Kerajinan

Hari ahad yang gembira. Sambil nyanyi sambil masak. Orang dah kahwin takpe kot nyanyi kat dapur. Anak dara yang tak boleh sebab nanti kahwin ngan orang tua…hehehehhee…

Disebabkan hati gembira, hari ini masak Tauge ala Teppanyaki. Hantam sajalah labu janji Qayyum suka makan sayur ni.

Kentang sebeban nak dihabiskan. Encik Suami potong gedabak-gedabak suruh goreng separuh. Separuh lagi buat sambal kentang buat Balqis.

Sekian, selesai sessi memasak. Sessi goleng-goleng tv tv sambil layan citer plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge