Malang Tidak Berbau

Ramai yang terkejut dan ramai yang bertanya “Teruk sangatkah saya sampai tak boleh berjalan?”

Okay..mari saya tunjukkan kecederaan yang saya alami. Sila Jangan Jerit OK! Baca dalam diam ek..

Hari kejadian. Mungkin disebabkan terseret di jalan raya..kaki saya jadi putih tanpa darah. 2-3 minit kemudian terus darah mengalir dan masa tu saya steady menahan kepedihan dan ketakutan. Nak keluar air mata pun tak terkeluar. Orang ramai dah mula serbu kami. Terima kasih atas keperihatian rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dorang tunggu kami sampai adik ipar saya sampai.
Niler rupernyer bila bukak bandage. Pakai bandage lagi sakit dan kaki jadi bengkak plak. Lagi satu saya nak komplen staff Pusrawi Kota Damansara. Maybe dorang ni tak terlatih. Cuci pun alakadar jek. Tapi dah sakit nak buat camner kan..tadah jelah.
Lepas 3 hari kejadian, kaki saya jadi bengkak. Luka jadi putih..dan saya terus tak boleh berpijak di bumi yang nyata. Sakitnya…hanya Allah yang tahu.
Doktor suggest supaya letak bantal bawah kaki supaya melancarkan peredaran darah. Dan ingat, bantal kena tinggi dari aras pinggang anda. Alhamdulillah…lepas 2-3 hari..kaki saya mula ok.. tapi still tak boleh berjalan.
Dah dekat sebulan, luka masih tak kering-kering lagi. Dah macam-macam ubat try. Still tak jalan jugak.
Jumpa doktor lagi…doktor buat dressing. Saya puji staff dan doktor Pusrawi Sg Buloh plak. Dorang sental kaki saya slowly jek. Siap tanya sakit ke idak. Doktor tukar antibiotik yang mahal sikit (tak ingat nama apa). 1 biji RM8.00.
Lepas tukar antibiotik, kaki okay sikit ..dah boleh pijak tanah walaupun dengkot-dengkot. Alhamdulillah. Sebenarnya, saya jadi takut sebab doktor kata kalau lagi 2 hari tak elok2 jugak..kena refer doktor orto plak. Siang malam doa supaya kaki cepat jalan. 
Terus terang..saya memang seorang yang penakut dengan kesakitan. Sangat..sangat..tak sanggup nak mengharungi semua itu. Tapi Allah Maha Kaya. Allah uji saya supaya lebih kuat. Saya diuji dengan kemalangan yang berlaku pada Qayyum. Alhamdulillah, walaupun perit menerima kenyataan tapi saya semakin bertahan. Dan kali ini ujian kedua buat saya sendiri. Allah mahu saya lebih kuat barangkali. Kuat menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku di hari kemudian. Memang saya siang malam menangis jek. Saya merungut dalam hati..kenapa Allah beri ujian sebegini? Saya tidak berdaya sebenarnya..tapi bila Allah beri kita kesakitan..sebenarnya itulah penghapus dosa kita. Sebenarnya ada hikmah disebalik keperitan. Sebagai manusia, terlalu banyak dosa saya. Bila sakit baru kita ingat Allah. Bila sihat, seringkali kita kejap ingat kejap terlupa Allah kan? Saya sedar semua itu..dan dengan ujian yang diberikan jugak, saya lebih dekat dengan Allah. Itulah hikmahnya.

   

22 thoughts on “Malang Tidak Berbau”

  1. sabar ye alin…kak eni pun pernah jadi camtu…jatuh motor dgn hubby…luka di kaki..tau mcmana perasaan alin…tapi rasanya luka alin teruk lagi…moga cepat sembuh..

    p/s…nanti tolong tinggal phone no dkt inbox fb ye…

  2. Ya Allah, nmpk teruk tu alin.. akak yg tgk pun rasa ngilu.. semoga luka tu cepat sembuh hendaknya.. semoga dgn ujian dariNYA menjadikan kita hambaNYA yang lebih bersyukur, insyaAllah.. Take care Alin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge