BFF saya dah kahwin

Peristiwa ini berlaku sebelum saya kemalangan. Dah simpan dalam draft tapi belum di postkan.
Tahniah Mior & Aishah. So sweet you all. Rasa nak nangis tengok korang di pelaminan.

Korang mesti ingat jejaka nikan? Alah….yang kami teman sampai ke malam tu masa kat Jakarta cari gift kahwin dia ritu. Lepas ni dah takde sapa yang nak tolong angkat plastik kain baju kami kalau kami shopping di sana lagik. Sobs!sobs! Serius sedih.
Sedih sebab bukan sahaja dia kahwin tapi dia akan meninggalkan saya kami di HSK ni. Yang lebih terasa department saya. Masakan tidak, dia adalah bos, staff dan kawan yang saya sayang. Diantara peguam yang rapat ngan saya. Yang selalu defend saya. Yang selalu MOB saya. Yang selalu tolong saya. Yang selalu payungkan saya. Dari dia jadi chambering sampai jadi lawyer…saya setia menjaga dia. Menjadi seorang kawan dalam masa suka dan duka.Β 

Ye…memang saya suka berkawan rapat ngan lelaki sebab lelaki lebih memahami wanita. Tapi rapat kami adalah antara staff dan peguam dan antara sahabat.
Saya gembira dia bertemu jodoh dengan gadis idaman yang dapat menggantikan hatinya yang pernah lara suatu ketika dahulu. Saya gembira kerana dia juga gembira.
Β The Ladies of CMLT General Dept πŸ™‚
Aku doakan semoga kau bahagia hingga akhir hayat, Mior sebab ko berhak mendapatkannya. Jaga Aishah baik-baik tau πŸ™‚
Aku doakan semoga ko berjaya di luar sana. Dah kayo jangan lupa aku plak.
Aku doakan jugak semoga impian ko nak jadi MB Perak jugak akan tercapai. Dah jadi Datuk..jangan lupa sponsor buka kedai kek aku ek!
Aku doakan supaya ko dan Aishah dapat anak yang comel. Jangan lupa bagitau aku berita gembira itu tau.
Selamat Tinggal my Best Friend Forever (BFF) πŸ™

18 thoughts on “BFF saya dah kahwin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge