Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.
Dah nak masuk 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ni anak-anak saya, Balqis & Qayyum masih berpuasa penuh. Masa darjah 1, Qayyum berpuasa awal dan hujung jek tapi tahun ni..harap-harap penuhlah. Balqis pulak..takde masalah bagi dia.
Tapi dugaannya Qayyum berpuasa..masyaAllah…sayalah yang kena banyak beralah dan bersabar. Bila time sahur, kena bersuap. Pasang tv, bukak chanel kartun…berselaralah dia makan. Bukan takat tu je…kalau mood merengek-rengek dia sampai…kena pujuk makan dalam bilik. Adohyaiii…anakku yang seorang ni…tapi dek kerana mahu dia memaham erti berpuasa..layan jek..
Bila time nak berbuka plak…asyik haus..haus..puaslah pujuk. Diamnya sekejap jek. Nak air sirap..air ribena bebagai..saya sediakan…janji dia bertahan.Tapi saya memang solute ngan dia..seingat saya zaman saya umur 8 tahun…bukan penuhpun puasa..hehehehehe…tapi saya harap Qayyum akan berpuasa penuh.

Sedihnya, saya masih tidak berkesempatan nak sembahyang terawih tahun ni. Keadaan diri tidak mengizinkan. Harapan dan terus mengharap…agar Ramadhan kali ini lebih baik dari terdahulu.

Selamat Berpuasa kawan-kawan 🙂

12 thoughts on “Salam Ramadhan”

  1. bagus qayyum… jgn tinggal posa yer…hehe…
    Adam masa darjah satu pun tak tinggal posa jugak… akak x paksa sgt dia masa tu…adam jer yang nak posa… tak per alin bagi galaKkan pasti qayyum boleh punyer…:)

    SELAMAT BERPUASA BUAT ALIN SEKELUARGA DARI AKAK SEKELUARGA…

  2. masa bulan puasa ni kan, kesabaran kita selalu diuji dgn kerenah anak2 yg baru belajar pose ni kan.

    Sama la mcm anak mak tu hah. Dah beso pun dok la asyik tnya lg berapa jam nak berbuka.

    Si anak dara tu, smbil lembik mintak simpati si bapak..berdukung bagai! Alahai..

  3. saya pun tak solat terawih kali nih..solat 4 rakaat pun kadang2 buat saya termengah2.perut dah makain besar..hehehnikan pulak nak solat tarawih.siap2 suami kena usung saya keluar masjid nanti..muahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge