Saya anak Jawa

Kajang-20120826-00169

Ye. Saya orang Jawa. Jawa murtad. Sebab tak pandai cakap Jawa. Ngeh!Ngeh!Ada jugak beberapa perkataan yang saya faham tapi tak semua.

Abah saya orang Jawa berasal dari Selangor. Mak saya pulak orang Melayu campur minang kot. Masa arwah nenek/buyut kami hidup, selalulah kami dengar abah dan arwah nenek speaking Jawa. Tapi sejak arwah nenek meninggal..kami tak pernah dengar Abah cakap Jawa kecuali sekali sekala menyakat cucu-cucu atau adik beradik Abah datang. Tupun kadang-kadang. Mungkin juga kami tinggal dengan masyarakat yang rata-rata orang Melayu. Kalau kami tinggal kat Ijok ke, Sabak Bernam ke, Tanjung Karang ke..pasti lidah kami pekat dengan bahasa Jawa.

Bila dah beranak pinak ni baru ada kesedaran diri nak belajar bahasa Jawa. Penting. Sebab itu bahasa ibunda kami. Mungkin saya patut terbit buku Bahasa Jawa kot 🙂 Berangan jek lebih. Nak tulis novel pun baru 2-3 helai muka surat dah kering kontang idea..camner nak tulis beratus-ratus helai mukasurat. Tapi saya kena buat jugak. Saya akan bertapa ngan Abah sedikit demi sedikit.

Pernah jugak saya tanya “Kenapa Abah tak ajar kami bahasa Jawa?” Abah jawab. “Tak payah”. Apa nak dikata.

Ciri-ciri orang Jawa selain bahasa ibundanya adalah mata sepetnya. Dan yang paling utama, orang Jawa semua lawa-lawa tau…hehehehehe

Jangan pernah malu untuk mengaku bahawa anda anak orang Jawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge