Sibuk Masak

Bila puasa semua orang bos bagi pulang awal. Saya masuk kerja pukul 8.30, rehat 0.30 minit & balik 4.30. Bahagiakan kalau hari-hari begitu. 
Orang lain sibuk bekejar pulang ke rumah untuk masak bebagai. Saya pulang lenggang kangkong jek. Sebab. Mak dah masak. Hehehehehehe. Kejam kau wahai anak.
Mak saya biasa masak awal. Pukul 4.30 dah start prepare bahan-bahan masak. Pukul 5 start masak. Pukul 6 semua dah siap.
Saya sampai rumah 5.30. Mak dah habis masak. Suka hati. Mandi-mandi. Siap-siap. Tidur-tidur ayam kejap. Celik mata dah buka puasa. Bahagiakan!
Mak. Terima kasih kerana sudi masakkan lauk sedap-sedap untuk kami. Kenyang perut kami. Berkat mak masak.
Korang mesti masak lauk sedap-sedapkan? Saya masak mungkin di hujung minggu sahaja.

10 thoughts on “Sibuk Masak”

  1. Syukurlah kerana masih ada emak tempat bermanja. Kakcik juga seorang emak (yang tiada anak perempuan), jadi tugas masak-memasak memang tugas kakcik sepenuhnya kecuali dibatu oleh tukang masak di kedai makan! 🙂

  2. Alin ada mak tolong masak – best. Kakak pula kalau hari kerja ke tidak memang tak masak bulan ramadhan ni. Semua beli aje di bazar. Sahur je kakak masak simple macam sayur bening dan goreng ikan..

    Waktu kerja kita sama… tempat kakak sebab kakak yg set waktu kerja so balik pun pukul 4:30 juga

  3. ekekekk bahagiaaaaaaaa
    kita same je dik
    cuma akk kalau nak buat grg2 memang akk lah yg buat ..
    rasanya sempat sbb kita berbuka lambat kan 😉

    syukur duk dengan mak dan ayah nie :))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge