Dugaan lagi

 

Maaf  jika  lama  tidak  mengupdate  entri. Patutlah saya  tiada  mood beraye sangat tahun ini. Patutlah hati saya selalu gelisah tidak menentu. Rupa-rupanya Allah masih menduga keluarga saya. Saya redha dengan ketentuan Allah kerana dugaan juga mendekatkan diri saya dengaNya.

Pada malam jumaat lepas, kami bersiap-siap nak beraya ke rumah sahabat adik saya. Selalunya abah memang tak mahu ikut  selain  rumah  saudara  mara. Tapi  malam  tu  bila  mak  ajak,  abah  iakan  aje. Tak sampai 1km, dalam kereta abah mengadu sakit dada. Sakit yang sangat-sangat macam nak pecah. Berpeluh-peluh dan sesak nafas. Kami masih tak syak apa-apa. Ingatkan angin atau senak jek sebab selama ini memang abah tak penah sakit teruk. Cuma selalu mengadu sakit dada dan sesak nafas. Bila lihat keadaan abah macamtu, kami terus ke Klinik Bahiah Saujana Utama  dulu. Selepas buat ujian ECG, doktor sahkan abah mengalami masalah jantung dan doktor terus buat surat untuk refer ke hospital. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana kami ketika itu. Perasaan mak. Dan nasib baik abah ikut kami. Kalau abah tinggal kat rumah malam tu..tak dapat kami bayangkan apa yang akan berlaku.

Dan kami terus ke Hospital Sungai Buloh. Abah terus dimasukkan bahagian kecemasan. Waktu itu, memang saya sangat risau dan bermacam-macam fikiran bermain-main difikiran. Mak memang dah tidak tentu arah lagi-lagi bila orang asyik call bila kami post kat FB. Dan sila percaya bahawa saya tidak menitiskan air matapun kerana saya kena kuat demi abah dan mak saya. Kalau saya merebeh air mata mesti mak lagi sedih. Dan saya tak mahu tunjuk depan abah jugak. Sebab abah selalu menenangkan kami bila kami sakit. Tapi bila balik rumah, kalau ditadah mahu penuh sebaldi. Ye…memang saya sedih terlalu sedih. Dengan abah tempat kami bermanja. Abah tak pernah jentik kami. Abah selalu turut jek kehendak kami.

Lebih 2 jam abah kat bahagian kecemasan. Selepas semua stabil, baru abah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (CCU). Waktu tu memang tak sanggup nak menatap keadaan abah. Wayar penuh kat badan. Abah diberi bantuan pernafasan. Abah kata sakit yang sangat-sangat kat dada dia. Saya dan mak bergilir-gilir urutkan dada abah. Lega katanya. Tak lama kemudian, baru doktor bagi ubat penahan sakit. Abah mula lega dan lelap mata. Kami tidak dibenarkan menjaga abah kat CCU. Pukul 5.30 pagi baru kami pulang ke rumah dengan hati yang berat. Doa kami agar abah selamat.

5 thoughts on “Dugaan lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge