Wad Rawatan Rapi Jantung (CCU) Hospital Sungai Buloh

Hari ke 2 di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah, bila melawat abah, abah dah boleh duduk dan kurang sikit kesakitannya. Berkat doa semua orang. Lega hati saya bila lihat abah semakin stabil.

Wad CCU ni tidak dibenarkan masuk beramai-ramai. Hanya 2 orang bagi setiap masa. ¬†Boleh dikatakan satu kampung Paya Jaras Dalam datang melawat abah kita. Semua ‘best friend’ abah. Tambah saudara mara lagi. Rasa sangat terharu dan dorang pun terkejut bila dapat tahu abah kena serangan jantung.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika berada di CCU..seorang pakcik bersebelahan bilik abah mengalami serangan jantung kali pertama seperti abah telah meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya di hari Jumaat. Kata anaknya, hari Jumaat dilahirkan, hari Jumaat juga dia pergi. Bayangkan..selama ini arwah pakcik itu masih hidup, situasi kehidupan harian lebih kurang abah. Tidak pernah sakit teruk. Kuat bekerja. Setelah 5 hari terlantar koma, akhirnya dia pergi buat selamanya.

Saya tak mahu abah asyik berfikir apa nasibnya kelak. Kami selalu beri kata-kata peransang pada abah. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Abah tetap cool. Kami tak mahu abah risau.

Nilah abah kita masa hari ke 2. Walaupun sakit abah tetap cool. Abah akan berusia 65 tahun pada 20 Oktober ni.

Ya! Allah… Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya. Amin.

Ya!Allah..Engkau Maha Mengetahui. Engkau Maha Berkuasa. Aku bermohon agar Engkau lanjutkanlah usia abahku. Amin.

Mutiara Kata : Terima kasih pada semua insan yang sentiasa mendokan abah saya. Hanya Allah yang akan membalasnya. 

2 thoughts on “Wad Rawatan Rapi Jantung (CCU) Hospital Sungai Buloh”

  1. Alhmdulillah,nampak ada improvement ye…
    Mak saya kena 2 tahun lepas,dah 3 spring masuk sebab ada 3 sumbat di saluran darah jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge