Belum Selesai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan saya di alam maya ini. Alhamdulillah atas doa semua orang, abah saya dah boleh keluar hospital 2 hari yang lepas. Namun belum selesai lagi…

Hospital Sungai Buloh tidak ada kelengkapan lengkap buat pesakit jantung. Abah diberi pilihan mahu buat rawatan seterusnya di 3 buah hospital, Hospital Serdang, IJN & PPUM. Abah saya adalah bekas pekerja PPUM, jadi tanpa tunggu kami..dia dah buat keputusan nak terima rawatan di PPUM.

Ramai yang syorkan buat di IJN tapi doktor dah buat surat suruh refer kat PPUM. Aduhai…saya dah konpius. Ada sesiapa yang berpengalaman tak? Hati saya dah berbelah bagi ni..apa yang patut saya buat?

Kalau tak silap..inilah mesin ECG.

Kasih sayang seorang isteri. Mak bebel-bebel suruh abah hentikan semua aktiviti lasak. Abah senyum jek.

Nyawa saya dan adik-adik.

Menung keboringan. Tak sabar nak balik ler tuuu…sabar abah…bagi baik-baik dulu…nanti semua orang susah hati…

Memang saya anak abah. Tempat ngadu kalau mak marah-marah. Abah lembut orangnya. Tak suka marah-marah tapi kalau marah sendiri mau ingatlah.

Abah saya memang suka buat kelakar. Tengok jela…orang datang melawat sedekah duit…dia simpan dalam stokin..:)

Selagi semuanya belum selesai memang jiwa saya tidak tenteram. Semua anak-anak akan rasa begitu. Sekarang ni sementara rawatan susulan..semua pemakanan abah saya dan mak akan pantau. Makan ubat tepat pada masa. Tak boleh kerja berat-berat. Tapi abah saya ni jenis degil. Tak sampai 2 hari balik rumah…dia sibuk nak solat kat surat sambil tu pergi mengeteh. Rindu kat kawan-kawan katanya.

Selagi hayat dikandung badan…saya dan adik-adik akan berbakti pada mak dan abah. Doa kami setiap saat, agar abah sembuh semula. Amin.

9 thoughts on “Belum Selesai”

  1. moga abah akak cepat sembuh..
    biase la tu kak..ape yg kite larang tu la lg die nak buat…hihi
    hope sume ok…doa tak pernah putus tuk org2 yg berbakti tuk kite.. 🙂

  2. Hiya very nice blog!! Man .. Beautiful .. Superb .. I’ll bookmark your site and take the feeds additionally…I am satisfied to search out a lot of useful info here in the submit, we want develop extra techniques on this regard, thanks for sharing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge