Suka Duka Aidilfitri 2012

Disebabkan kejadian mengejut yang menimpa abah saya, saya sengaja lupakan keasyikan berhari raya. Masakan tidak, dalam kegembiraan menyambut lebaran, Allah uji kami sekeluarga. Kami jadi terkejut. Tapi redha kerana ada yang lebih baik menanti kami di akhirat kelak, mungkin.

Sambutan lebaran saya seperti rutin setiap tahun. Memang tiap kali raya pertama mesti rumah saya. Atas alasan rumah saya lebih ke arah suasana kekampungan. Rumah mentua saya di Seremban. Kawasan taman. Pernah sekali saya beraya dulu di sana tapi jiwa raga saya ketika itu hanya Allah yang tahu. Pagi-pagi raya memang saya menangis. Cengeng.

Bukanlah saya ni jenis menantu hantu. Nasib baik Encik Suami sangat memahami dan dia pun tahu suasana hari raya di bandar kerana selama hari ni memang dia beraya di bandar. Nasib bertambah baik lagi, mentua saya juga memahami.

Usai beraya di Sungai Buloh, raya kedua kami akan pulang ke Seremban pulak. Beraya bersama mentua plak.

Sebenarnya, tahun ini persiapan raya saya memang kelam kabut. Semuanya di akhir waktu. Tak suka sebenarnya. Gambar pun tak banyak cuma atas ehsan adik tengah yang rajin snap-snap gambar..maka adalah muka saya.

Silalah layan gambar yang tak seberapa ini…

Selalunya bila raya pertama, kami sekeluarga akan ke kampung mak saya. Dekat jek…sebelah kampung saya jek. Kampung Paya Jaras Hilir. Dan selalunya kami akan konvoi beramai-ramai. Rumah pertama kena serbu adalah rumah arwah Paklong saya yang baru meninggal Februari lepas. Paklong adalah abang sulong mak saya. Tinggallah Maklong dan 2 orang anaknya. Memang sedih tapi hidup perlu diteruskan.

Kemudian ikut turutan rumah, kami serbu rumah rumah adik mak saya yang ke 6. Zaiton, makcik saya ni setiap tahun akan buat Nasi Daging. Memang terangkat.

Kemudian kami akan kerumah kakak mak saya no. 2. Zaleha…tapi sayangnyer takde gambar kami plak.

Rumah adik beradik mak saya memang berdekatan antara satu sama lain. Kami akan ke rumah adik bongsu mak saya. Moksu, anak ke 9 dalam adik beradik mak saya. Kemudian baru ke rumah adik mak saya no. 7, Zainah.

Inilah keluarga Makngah saya. Pagi kami beraya rumah dorang. Petang, dorang plak beraya rumah kami. Memang setiap tahun macam tu.

Malam pulak, kami relaks kat rumah sambil menanti adik beradik mak saya pulak datang.

Abah saya 5 beradik tapi tinggal 3 je yang masih hidup. Sorang di Perak..sorang lagi sekampung ngan saya.

Kami lebih rapat dengan saudara mara sebelah mak berbanding abah. Padahal saudara abah lagi meriah dari mak. Selalunya memang begitu hakikatnya. Kita akan lebih rapat dengan keluarga belah mak.

Sekian,

Si Baju Merah.

7 thoughts on “Suka Duka Aidilfitri 2012”

  1. I have been browsing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all website owners and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.

  2. wonderful post, very informative. I wonder why the other experts of this sector do not understand this. You must continue your writing. I am confident, you’ve a great readers’ base already!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge