Mac Gyver

Gelaran buat abah saya adalah Mac Gyver. Sebab abah saya mempunyai macam-macam kebolehan. Bertukang, baiki papi, baiki eletrik dan macam-macam lagi. Memang abah Superhero kami. Asal orang takde api mesti panggil abah saya..bukannya nak panggil TNB. Kalau paip bocor jek, abah jugak yang dorang cari. Semuanya panggil abah. Agak glamer jugaklah abah saya kat Kampung Paya Jaras ni.

Tapi sekarang, semuanya agak terbatas buat abah. Semenjak abah kena ‘heart attack’ memang kami tak bagi abah buat kerja berat-berat lagi. Memanglah dia degil kadangtu…dengan alasan kesian dengan orang yang cari abah. Kami selalu marah-marah sayang ngan abah. Kami tak mahu abah sakit. Selalunya mak atau saya yang akan pantau ngan panggilan telefon abah. Dorang nipun satu, dah tahu abah sakit lagi nak panggil.

Bila abah dah tak boleh buat kerja-kerja berat..dan disebabkan abah tiada anak lelaki..anak menantulah yang kena turun padang. Abah kena turunkan segala ilmu pada menantu-menantu dia.

Ilmu ‘drill’ diturunkan. Mak saya kan suka deko-deko rumah. Sekarang ni 2 orang menantu dah pandai guna ‘drill’…

 Menurun ke cucu jugak. Asah bakat dari kecil. dah besar senang skit…

16 thoughts on “Mac Gyver”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge