Resepi Blueberry Muffin

Sekian lama menyimpan resepi, akhirnya menjadi jugak. Biasalah…bila angin kemalasan datang tak boleh nak buat apala kan…

Sementara mood rajin datang, lebih baik buat.

Mari kita buat Blueberry Muffin.

Resepi asal : Joy of Baking

 

Bahan-bahannya :

1 biji telur

 

1 cawan (240 ml) Plain Yogurt (saya guna perisa Blueberry..sebab x jumpa yang plain)

 

1/3 cawan (80 ml) minyak jagung, canola atau sejenis dgnnya (saya guna minyak jagung

1 tsp esen vanilla

2 cawan (260 gm) tepung serbaguna (saya guna tepung gandum)

1/2 cawan (100 gm) gula halus (kalau guna gula ising letak 1 cwn)

1/2  tsp Baking Soda

1 1/4 tsp Baking Powder

1/4 tsp garam

1 1/2 cawan Blueberry.

Cara-cara membuat Muffin Blueberry :-

1. Panaskan oven 190c selama 10 minit.

2. Pukul telur dengan spatula/whisk sehingga berbuih dalam mangkuk. Masukkan yogurt, minyak dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang (Bahan A).

3. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung, gula, baking soda, baking powder dan garam. Gaulkan dengan spatula hingga sebati. Masukkan Blueberry dan gaul lagi. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk Bahan A. Gaul lagi.

4. Gunakan 2 sudu dan sudukan kedalam acuan cup cake.

5. Bakar selama 10-15 minit. Cucuk dengan lidi untuk mengetahui samada sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih, maknanya dah masak. Bolehlah dihidangkan.

* satu adunan boleh dapat 12 biji muffin.

Cubalah….anda tidak akan menyesal.

 

17 thoughts on “Resepi Blueberry Muffin”

  1. eh senang la plak resepinye….simple jek…yg penting gebus mebus jadiknyer…dah lame ni tak buat projek dapur ngan mia mija…boleh laa cube ni heheeheheh

  2. Awsome info and straight to the point. I am not sure if this is in fact the best place to ask but do you folks have any ideea where to get some professional writers? Thx 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge