Operasi Mengemas Pejabat

Salam semua. Semenjak bertukar dari blogspot ke wordpress ni agak suram jek. Makan masa nak kembali normal. Segalanya baru.

Bukan takat tukar rumah alam maya jek…opis pun akan bertukar jugak.

Maka…sabtu lepas, operasi mengemas opis. Kali terakhir mem’packing’ fail adalah tahun 2003. Masa tu pindah opis dari tingkat 6 ke tingkat 16 jek. Kali ni kami akan berpindah ke bangunan lain plak. Dahlah fail-fail sekian banyaknya. Letih kaki tangan nak bekerja.

Keadaan ruang legar department saya. Dah nama pejabat peguam..sudah semestinya banyak fail kan? Bersepah-sepah sana sini. Banyak plak fail dari orang (^__^)

Keadaan di meja saya. Saya konker 2 meja sekali. Tupun tak cukup-cukup letak fail. Asal meja kosong jek…ada jek fail yang dengki bertenggek. Bak kata bos…tu semua berduit….

Keadaan di lantai plak. Dah macam stor plak. Rimas mata daku memandang.

Kotak-Kotak pun kena buat sendiri. Aduyaii..memang memenatkan. Budak encem tu tolong nyibuk jek…hehehehe..

Sekian kotaknya. Tu masih kosong lagi..belum diisi ngan fail-fail yang akan dipindahkan. Mau batuk sebulan lagi kot…

 Kotak-Kotak fail yang bakal dipindahkan ke opis baru kami. Tak jauh pun kami pindah..sebelah bangunan jek…hehehehe

Setiaku Disini 🙂

22 thoughts on “Operasi Mengemas Pejabat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge