Hari ini di PPUM

PPUM ni dah macam tempat persinggahan buat kami sekeluarga. Masakan tidak..Qayyum dirujuk disini. Sekarang abah pulak.

Sebenarnya 2 minggu lepas, saya dah bawakpun abah check up di IJN tapi agak rumit prosesnya. Disebabkan abah adalah bekas pekerja PPUM, semua bekas staff PPUM yang akan menjalani rawatan susulan di IJN, dikehendaki membawa surat GL (Surat Jaminan) dari PPUM walaupun abah ada kad pencen. Kami tidak tahu.

Seawal pagi tiba di IJN, surat refer dari Hospital Sungai Buloh tidak bertandatangan pulak. Kena tunggu pihak HSB faks semula. Bila dah settle, kami dikehendaki pulak membawa surat GL. Manalah kami arif tentang bab ni. Kami tiada pilihan. Samada ke PPUM untuk mengambil GL atau bayar kos sebanyak RM140.00. Kami bayar sebab kesian tengok abah dah separuh hari kat IJN. Nasib baik kakak di pendaftaran IJN tu baik sangat. Dia agak memahami kesusahan kami. Inilah susahnya bila kita bukan penjawat awam.

Sekian kisah di IJN. Kami refer ke PPUM seperti rancangan asal. Mungkin masalah GL yang menyulitkan keadaan. kami akur dan pilihan kami mungkin meneruskan rawatan di PPUM.

Hari ini kami bawak abah ke PPUM. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Doakan semuanya berjalan lancar. Walaupun kami adik beradik perempuan semuanya, kami akan lakukan yang terbaik buat abah kami.

* 24hb Okt ni pulak, rawatan susulan untuk Qayyum pulak.

11 thoughts on “Hari ini di PPUM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge