Aku, Abah & PPUM

Mungkin kalau abah pergi sendirian, dia dah balik kot tanpa jumpa doktor. Manakan tidak, seawal jam 9 kami sampai, appoinment untuk ECG pukul 10.00. Appoinment ngan doktor pukul 11.00.  Jumpa doktor akhirnya pukul 2.30 petang. Abah dah merengek dah balik. Itulah pasalnya kami adik-beradik kena bagi sokongan buat abah. Kalau ikut dia memang taknak semuanya. Orang tuakan..manalah nak menunggu berejam-jam.

Menunggu giliran buat ECG. Kat sini abah terjumpa kawan dia masa keje kat sni dulu.

Keputusan ECG abah…sungguh saya tak faham…

Sebahagian yang menunggu angka giliran.

Nenek ni sebijik macam arwah nenek buyut saya…comel kan?

Muka dah boring giler…siap ajak balik lagi.. Lepas dah settle ngan doktor, abah akan buat angiogram pada 9 Oktober depan.

Selepas jumpa doktor, kami diarahkan ke tingkat 4 untuk pengesahan kemasukan wad. Dahtu pi pulak tingkat 14 untuk serah borang kemasukan wad dan kos rawatan. Kos rawatan yang dianggarkan adalah RM10,000.00. Nasib baik abah saya adalah bekas kakitangan PPUM dan ada kad pencen. Ringan sikit bebanan kami. Cuba bayangkan saya masa tua nanti? Dahlah takde kad pencen mungkin bergantung pada insuran.

Lepas settle di tingkat 14, kami turun plak tingkat bawah sebab nak amik ubat plak.

Sekian pulak nak menunggu amik ubat. Ingat semua ubat free jugak tapi ada 2 ubat abah kena beli kat farmasi situ. Tapi boleh claim balik. Kena isi borang dan serahkan kat tingkat 14.

Budak ni terpaksa diangkut sebab tak boleh ditinggalkan. Peneman setia atok 🙂

* Doakan yang terbaik buat abah saya ek 🙂

14 thoughts on “Aku, Abah & PPUM”

  1. eh…sama la semalam kak eni pun bawa anak buat check up dkt penang gh…pukul 10 juga…tapi nasib baik tak tunggu lama jumpa doktor dan dkt farmasi…mmg medical cost sekarang mahal kan alin…
    kak eni recently posted..beautiful home….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge