H & M ada di Setia City Mall

Mesti korang dah dengar dan dah pergi H & M kan? Pada yang belum tu, silalah pergi dengan wang @ kad yang banyak. Sebab…macam-macam ada kat sana.

Lepas skodeng blog Liza Razak, hati dah tergedik-gedik nak kesana. Samada nak pergi kat Lot 10 atau Setia Mall City.

Akhirnya weekend lepas, saya dan adik-adik berjimba-jimba ke Setia Mall City di Setia Alam. Tempat tu masih baru lagi. Agak tercorot dari kesesakan kota.

H & M ek…bukan M & M tau….sempoi jek logo diakan?

Cardigan kanak-kanak. Kalau muat untuk saya memang dah rembat selai. Masalahnya size anak dara saya pun takde…Murahkan? Cantik pulak tu?

Baju kanak-kanak lingkungan bawah 10 tahun memang cantik-cantik.

Yang ni pulak untuk mak-mak ek…

Tak belipun..bergaya je lebih…

Pantang nampak cermin….Power Puff Girls 🙂

Bagi saya ada ok ada tak oklah harga di H & M ni. Tapi saya tak beli apapun sebab tak jumpa yang berkenan. Adik-adik saya je yang memborong. Maybe next time kot…

19 thoughts on “H & M ada di Setia City Mall”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge