Ceritera Setia Mall City

Setia City Mall memang awesome! Macam-macam ada kat situ. Tidak berapa kecik tidak berapa besar. Saya suka. Lebih suka dari One Utama yang ada 2 sayap itu. Dah berpuluh kali pergi pun masih belum katam lagi.

Tapi di Setia Mall City, saya lebih selesa. Ada macam-macam kedai. Semua favourite saya. Tu pasal saya suka (^__^)

Pertama kali menjejak dan mengetahui wujudnya kedai Cotton on Kids ni. Memang awesome jugak kedai ni. Terima kasihlah buat diskaun sempena akak datang ek.

Sekali lagi..banyak baju seusia Zara yang gorjes.

Pilih..jangan tak pilih…

Cari baju yang paling mahal murah 🙂

Ko adoooooo….hehehe..

Mak muka masam sebab duit dah banyak habis untuk anak-anak…mak punya..satu pun tak beli….huhuhuhu…

Dan anak dara saya ni yang kalau tak pow mak dia memang tak sah. Sib baik anak bujang tinggal. Kalau tak lagi makk bengkekkkk….

Overall, memang saya dan adik-adik sukakan Setia City Mall. Walaupun takde foodcourt tapi ada Mc Donald…hehehehe…ada Aunty Anne yang selalu buatkan saya roti bersalut coklat. Ada Brands Outlet yang mengancam. Ada Parkson yang harga sekarang macam nak pengsan. Ada Sasa yang tukang jualnya cun-cun. Ada Starbucks yang selalu tunggu orang belanjer baru nak pergi. Ada macam-macamlah lagik.    

Oh ye…kat sini ada jual Rice Dispencer RM84 jek

Saya suggestkan anda pergi seawal pagi sebab senang carik parking. Saya suggestkan anda pergi selewat petang supaya nanti malamnya ada lampu neon yang ala-ala i-city.

Dan paling saya suggestkan datang dengan wang yang berkepok-kepok supaya boleh shopping di H & M tanpa pandang price tag.

Ahakkksss!! ok tak suggestion saya? Pada kawan-kawan saya yang duduk di Pahang, JB, Penang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, N.9, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak….nanti saya suggestkan H & M buka branch di sana ek. Kalau dah tak tahan sangat, calling-calling ajak saya bershopping sama dengan syarat belanjer saya selai baju ek. Aci ?

Samsung Note II serendah RM48 jek!

4 thoughts on “Ceritera Setia Mall City”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge