Masa Itu Emas

Hari paling bahagia adalah hari bersama keluarga. Saya cuma berkelulusan SPM yang tak berapa nak cukup makan jek. Tak sekolah tinggi. Kerja pun cuma kerani merangkap PA cabuk jek. Itupun ada orang yang sudi menggaji saya. Dari Isnin hingga ke Jumaat, jadual padat dengan kerja. Dari jam 7.30 pagi keluar dari rumah hingga jam 7.30 malam sampai ke rumah. Itupun kadang-kadang. Belum dicongak musim hujan ni lagik.

Masa? Memang terhad. Mengalah menteri yang sedang bertungkus lumus nak pilihan raya ni. Balik rumah terus layan drama Korea plak. Takpun update ke skodeng ke Facebook & blog. Anak-anak? Nasib baik cuti sekolah. Kelonggaran saya beri untuk main PSP. Suami? Pun saya beri kelonggaran main PSP. Ngeh!Ngeh!

Memang rutin saya setiap kali minggu gaji adalah minggu keluarga kami. Masa nilah untuk meluangkan masa berjalan-jalan sambil makan-makan. Anak-anak seronok. Mama ngan Babah lagiiii seronok.

Sebenarnya cerite ini 2 minggu yang lepas. Masa begitu mencemburui saya kan? Selepas balik dari majlis perkahwinan anak rakan opis, Cik Ros..kami terus ke Setia City Mall. Kali ni bawak Encik Suami dan Qayyum plak.

Sila abaikan tudung dan baju yang cacamerba itu. Pergi orang kahwin berbaju purple. Pi berjalan tukar baju lain plak. Dan kemalasan nak menukar-nukar tudung. So, jadi cacamerba.

Balik dari Setia City Mall, kami singgah ke The Curve dan Ikano plak. Masa ni pesta Jingger Bell. Qayyum tetiba paling suka. Dia plak yang sibuk nak possing.

Inilah mamat bunga namanya  🙂

6 thoughts on “Masa Itu Emas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge