Review : Big Bad Wolf 2012

Salam semua. Siapa kaki buku sila angkat tangan & kaki? Walaweeeiiii…memang dasar Big Bad Wolf sungguh. Sungguh bad sebab berjaya menghabiskan duit-duit kami dengan buku-buku yang sangat-sangat murah.

Pertama kali saya mengetahui Big Bad Wolf ini adalah dari budak chambering ofis saya. Memang tak caya bila dia kata buku murah-murah giler. Giler ko…novel Dorothy Koomson yang baru daku beli bulan lepas dengan harga RM20.00 tapi di Big Bad Wolf cuma berharga RM8 henggettt. Itu baru novel…belum buku-buku yang lain.

Sila angkat kaki korang dengan segera ke Big Bad Wolf di Mines Convention Centre (MIECC). Bermula dari 7 – 23 Disember 2012. Bersebelahan dengan The Mines Shopping Mall jek. Korang takyah meraban parking kat luar-luar sebab jauh plak nak menapak ngan membawak buku bebagai. Parking je kat dalam MIECC…RM3 hengget je sekali masuk. Berbaloi-baloi berjam-jam pun.

Sebelum masuk, hati gua dah tertawan ngan Lamborgini tersadai jek kat luar. Hati laki ngan anak gua pun sama. Apa lagi…possing sakanlah. Siap bayar RM10 semata-mata nak gambar ngan Wolf Lamborgini tu tau.

RM10 untuk satu photoshoot. Korang possinglah lagu mana, nanti boleh pilih nak cuci mana satu. Nak soft copy pun boleh…RM10 satu gambar. Tak kose gua nak soft copy.

Gambar ni saya ambil sendiri. Korang boleh possing-possing kat sipi-sipi kete tu.

Kerje seumur hidup pun belum tentu dapat sebijik Lamborgini ni….tapi rezeki Allah mana kita tahu kan….

Masa untuk menyerbu buku-buku plak. Saya terus menonong cari buku yang dah diset dalam kepala otak saya sejak 2-3 hari yang lalu. Saya mahu ke bahagian Romance. Mahu mencari nukilan Sophie Kinsella & Cecelia Ahern, penulis yang baru saya tahu hebat.

Anak & Encik Suami, saya suruh dorang ke bahagian kanak-kanak. Tahulah babah dia handle Qayyum tu nanti.Hehehehehe….

Jenuh tawaf 10 kali mencari Cecelia AhernSophie Kinsella pun tak jumpa. Puas tanya ngan promoter tapi jawapannya : “You carilah, Cecelia Ahern memang susah mau jumpa. Buku sudah berterabur sana sini. Manyak susah mau jumpa”.

Sungguh sedih ngan jawapan itu. Mau kena leter ngan laki kang sebab konon-konon nak beli buku untuk stok setahun tapi yang ada kat tangan 2 jek. Mau tak mau saya kena beli lebih dari 5 buah buku. Disebabkan saya baru ada satu buku Dorothy Koomson, saya beli lagi 2 nukilan beliau.

Dan Qayyum jadi pening apabila terlalu banyak buku. Dia jadi tak tahu nak pilih mana satu dan jawapan dari dia : “Adik tak jumpa buku yang adik nak”.

Hampir 2 jam di sana. Dan hasilnya adalah ini….tapi still tak puas hati sebab tak jumpa karya Cecelia Ahern. Frust menonggeng. Tahun depan kena pergi 1st day opening.

Buku yang berjaya saya rembat, Marshmallows for Breakast (Dorothy Koomson), The Chocolate Run (Dorothy Koomson) & Summber And The City (Bushnell). Memandangkan apa yang dihajat tak jumpa dan demi menyokong penulis tempatan, maka saya beli 2 buku bahasa melayu, Kekasih Pujaan (Azian Zahra) & Bukan Sekadar Rindu (Azian Zahra jugak) dan satu buku cup cakes.

Kebetulan cik peguam kat opis saya ni nak gi ke BBW, maka saya paksa dengan dia Cecelia Ahern & Sophie Kinsella.

Girl In The Mirror (Cecelia Ahern) & Confessions of a Shopaholic (Sophie Kinsella)

Tips untuk ke Big Bad Wolf :

1. Sila datang weedays sebab maybe orang kurang buku ramai.

2. Bawaklah beg bagasi ke beg kertas ke. Saya bawak beg ikea size paling kecik sebab bajetpun ciput.

3. Kalau yang ada anak tu…jika ada orang nak jaga,silalah tinggalkan sebab budak-budak akan jadi boring bila mak dorang dah meroyan berjam-jam memilih buku.

4. Pakai kasut yang selesa agar tidak lenguh kaki. Besar giler tu nak merayap sana sini.

5. Bawak duit secukupnya.

 

3 thoughts on “Review : Big Bad Wolf 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge