Hari Jadi Moon 2012

Salam semua. 20.12.2012 yang lepas adalah hari lahir adik kecik saya, Murni yang ke 25 tahun. Kejap jek dah besar ek. Hari itu jugak kami mendapat tahu keputusan abah buat Magnetic Resonance Imaging (MRI) 2 minggu lepas. Alhamdulillah, setakat ini Doktor Alexander kata jantung abah mengepam dengan baik. Dan ada beberapa otot abah dah rosak tapi tidak membimbangkan. Kena makan ubat dan jaga makan. Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya!Allah. Semoga kesihatan abah lebih baik.

Dan kami, saya dan adik ipar saya, Yuz…berpakat untuk buat suprise buat adik kecik, Murni. Jenuh jugak nak tipu2 dia tapi alhamdulillah, akhirnya menjadi jugak.

Kami berpakat dinner di De Chiang Mai Seafood Restaurant, Kg Melayu Subang, Sungai Buloh. Dah banyak kali gak kami ke situ. Tempatnya pun dekat dan mudah nak pergi…

Makanan-makanan yang lazimnya kami order. Semuanya RM368.00.

Para penyambut harijadi.

Sambutan untuk 3 orang sekali. Belated befdayboy, Danish (8.11.2012), Moksu (20.12.2012) & Advance befdayboy, Firhan Qayyum (27.12.2012)

Keluarga besar saya 🙂

Lovely princess (*_*)

Kecintaan saya hingga hujung nyawa 🙂

Buat adik kecik saya, Murni. Semoga Allah lanjutkan usia kamu. Semoga Allah bahagiakan kamu, suami & anak. Semoga Allah makbulkan apa yang kamu doakan. Kakak sayang kamu dunia dan akhirat.

4 thoughts on “Hari Jadi Moon 2012”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge