Petrosains KLCC

Musim cuti sekolah sudah ke penghujungnya. Beberapa hari lagi sekolah akan bermula. Dan musim cuti sekolah tahun ini mungkin tidak berapa menggembirakan kami sekeluarga kerana terpaksa menyekat saat-saat gembira kami. Mungkin kejam bunyinya tapi kami terpaksa menahan untuk bersuka ria. Bajet tahun ini akan dibawa ke tahun hadapan.

Dah nama kanak-kanak kan…bawak jalan-jalan kemana saja pun dorang suka. Saya dan Encik Suami dan sepakat nak bawak dorang ni pergi Petrosains KLCC. Sebelum ni ingat mahal tiket nak ke Petrosains macam Aquaria…tapi rupa-rupanya masih mampu lagi.

Untuk harga tiket sila KESINI. Bagi keluarga saya yang terdiri 2 dewasa 2 kanak-kanak warganegara Malaysia, Petrosains menawarkan pakej family sebanyak RM30 sahaja.

Orang memang padat kat KLCC tu. Tu sebab Encik Suami tak suka melintas area KLCC tu. Nak masuk dalam Petrosains tupun punyalah panjang que. Sebelum sampai dalam Petrosains tu, kita kena naik kenderaan yang dipanggil sekilas masa. Agak adventure jugaklah.

Pep!Enjoys the photo!

Dalam masa 4 minit dah sampai Petrosains. Balqis dan Qayyum memang excited. Manakan tidak…semua benda tu tiada di luar sana.

Sudah semestinya FM mesti kena belikan 🙂

4 thoughts on “Petrosains KLCC”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge