SPA @ Urut Tradisional

Saya tidak pernah ke SPA. Kalau badan lemau-lemau saya lebih suka Makcik Melah urut saya. Dari dulu sampai sekarang, Makcik Melah jugak tukang urut tradisional pilihan saya. Saya pernah try dengan tukang urut yang lain…tapi tak sama dengan cara urutan Makcik Melah.

Kita orang pompuan ni, lebih-lebih yang dah beranak pinak ni…kalau tak dijaga…memang mudah masuk angin satu badan. Tu yang buat badan jadi lemau. Belum bab peranakan yang dah jatuh.

Saya mengurut setahun sekali jek…hehehehehe…sepatutnya Makcik Melah kata setiap 3 bulan. Bukan apa…kita orang pompuan ni tak digalakkan angkat berat-berat, buat kerja berat-berat. Tapi…dah kalau takde orang lelaki kan…kita jugaklah yang kena buat. Tiada pilihan. Tu yang urat boleh kendur-kendur.

Bila dah diurut satu badan, baru tahu banyak urat tersimpul…angin sana sini. Peranakan dah disengkak…memang selesa.

SPA @ Urutan Tradisional? Mana satu pilihan anda?

6 thoughts on “SPA @ Urut Tradisional”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge