DON’T DRUNK & DRIVE

Apa yang korang bayangkan? Matikah? Hidupkah? Orang di dalam van itu?

Seorang sahabat saya baru sahaja kehilangan ayah tersayang. Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya tapi sahabat jugakkan. Saat saya mendapat khabar berita tersebut, seluruh jiwa raga saya bagai tersentap sebab saya memang agak fobia bab kehilangan terutama mak abah.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan sahabat saya itu? Tidak dapat saya bayangkan bagaimana riak wajahnya? Tidak dapat saya bayangkan jika sahabat saya itu adalah saya?

Ya!Allah…minta dijauhkan semua dugaan berat itu buat kami sekeluarga. Saya belum begitu bersedia Ya!Allah..Saya tahu..ini kesemua qada’ & qadar yang tertulis olehMu buat kami semua tapi Ya!Allah…berilah ruang masa yang lebih lama lagi buat saya menagih kasih sayang dari orang-orang tersayang terutama mak & abah saya. Pengorbanan mereka masih belum terbalas sepenuhnya pada mereka. Namun, sekiranya memang itu kehendakMu juga, Engkau redhakanlah hati saya ini.

Sedih?Marah?Kecewa?Redha? Mungkin itu perasaan sahabat saya sekarang. Akibat nafsu serakah manusia yang senang enak berada diawang-awangan, yang tidak mengira keselamatan orang lain dijalan raya, mengorbankan insan yang mulia dipanggil ayah. Mengorbankan hati pilu insan dipanggil isteri. Mengorbankan kasih sayang buat insan yang dipanggil anak-anak. Mengorbankan nikmat bermesra bercumbu pada insan yang dipanggil cucu-cicit.

Semoga arwah sahabat saya ditempatkan bersama-sama insan-insan yang beriman yang disayangi disisi Allah. Hanya Al Fathihah mampu saya doakan.

Nota Cinta Alin Marlini : Janganlah memabukkan diri anda semasa pemanduan. Akibat kemabukan korang, korang telah mengorbankan insan yang tidak berdosa.

15 thoughts on “DON’T DRUNK & DRIVE”

  1. Alin, sy pun spt alin, takut kehilangan org trsayang, dan tu jugak doa sy, klu itu lah qada dan qadar Allah utk sy, sy mohon Allah bg sy kekuatan dan ketabahan utk menghadapi. Anyway, I’ve lost my father in sept 2011, and alhamdulillah sy kuat, wlu pun waktu tu sy di german, arwah di m’sia, dan berita tu sgt2 mengejutkan sy.. And kami trbang ke m’sia, wlupun smpai2 arwah dah dikebumikan, tapi x pe la, sy dapat sentuh tanah yg merah tmpat arwah dikebumi.. Mmg kehilangan org trsayang sgt2 menyedihkan, tapi ia pasti trjadi, moga Allah sentiasa beri yg trbaik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge