Winter in Beijing (Part 1)

Hari Pertama, 24 Jan 2013 (Khamis)

Seawal jam 5 pagi kami sampai dan berkumpul di KL Sentral untuk menaiki tren KLIA express menuju ke KLIA. Perjalanan cuma mengambil masa 25 minit je berbanding 45 minit jika menaiki kereta. Setelah check in beg di kaunter MAS, kira-kira 6.15 kami naik tren.

Sampai di KLIA, kami menaiki tren ke transit international pulak. Jakun sekejap,  pertama kali melihat lapangan terbang KLIA selain ruang legar tempat menunggu kat luar tu.

Kami ke Beijing dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) pulak kali ni. Merasa jugak naik MAS. dah 4 kali naik Air Asia. Memang kerlassss naik MAS ni. Berbaloi-baloi dengan caj tiket yang agak mahal. Walaupun pramugara pramugari agak kertu sikit tapi dorang kelasss.

Jam 9.55 pagi, kami sudah mula beratur untuk menaik pesawat MH371. 1st time jugak. Jakun lagik. Memang besar. Tapi untuk perjalanan selama 6 jam ke Beijing, lenguh-lenguh gak otot-otot semua. Tapi semua tu tak jadi masalah sebab…lebih 30 minit di udara, pramugara pramugari mula bagi air minuman dan makanan. Sedap plak tu. tak sampai sejam dorang hidang air lagi. Tak kisah berapa kali korang nak minum, kalau tak malu korang panggil je pramugara pramugari tu. Semestinya dorang layan dengan senyuman. Kurang 30 minit, korang mintaklah biskut dan peanut plak. Ambik jelah berapa bungkus korang nak. Kurang 30 minit lagi…dapat plak aiskrim Magnum kegemaran saya. Walaweiii…memang syokkk naik MAS ni. Dalam masa 6 jam, korang boleh tidur macam saya sebab ngantuk. Kalau takmau tidur, boleh tengok movie. Macam-macam cerita adaaa….

Lebih kurang pukul 3.50 petang, kami sampai di bumi Beijing. Keluar je dari airport Beijing, memang dah terasa kesejukan sampai ke tulang. Segala kelengkapan seperti baju sejuk, sarung tangan, mafla…kami siap-siap hand carry. Sampai je airport…terus pakai.

Dari jauh dah nampak tour guide kami dari Poto Travel. Oh! ya…kami menggunakan perkhidmatan agen Poto Travel untuk segala urusan di sana. Mr. Liu, berbangsa Cina yang boleh bercakap bahasa Melayu/Indon. Mr. Liu kata dia belajar bahasa Melayu/Indon dengan sendiri je. Nyesal…tak belajar bahasa mandarin.

Kemudian, kami menaiki van yang boleh memuatkan 12 orang. Muat-muat untuk kami. Tempat pertama kami tuju ialah Bird’s Nest Stadium atau Stadium Sarang Burung Beijing.

Group deparment saya 🙂 Comelkan…tapi cam kurang sorang…malu nak bergambar katenye….

Masa ni jam menunjukkan jam 5.30 petang…tapi dah nak gelap. Musim sejuk di sana memendekkan waktu siang dan malam agak panjang. Memang sejuk tahap gaban sebab memasing tak pakai longjohn. Tahan jelah…Masa ni lebih kurang -6 darjah celcius kot. Rasa nak balik Malaysia ada gak….aku kan tak tahan sejuk.

Kami tak lama pun di Bird’s Nest Stadium ni. Mr. Liu cuma bagi  20 minit jek. Cam hampeh…..Ingat nak amik 100 keping gambar kat sini…melepass…..

Kemudian, kami terus dibawa untuk makan malam di salah satu Restoran Halal di Beijing (pasal makan akan ada entri lain). Dah kenyang perut memasing, kami dihantar ke Hotel Haufu Wangfujing. Taraf 3 bintang jek. Entah dimana silapnya terpilih hotel 3 bintang plak. Semestinya tak best…masuk bilik hotel tengok bilik air takde pintu…..ammoooo….aku dengan Nisa tergelak sampai tergolek-golek. Kelakar dohhhh….Nasib baik boleh tukar bilik lain….legaaa…

Malam pertama takde aktiviti yang diaturkan oleh Mr. Liu. Tengok jam baru 7.30 malam. Kami buat aktiviti sendirilah gamaknya. Hotel kami, Hotel Haufu Wangfujing berdekatan dengan Wangfujing Street. Ala-ala Bukit Bintang..Pavilion gitew. Hidup!!Usai rehat, pukul 8.30 malam kami pakat keluar jalan-jalan sekitar Wangfujing Street

Sejuk gilerr weiiii….bertabahlah tulang 🙂

Ditepi hotel penginapan kami ada jual celup-celup. Kalau berani silalah cuba. Ada yang Halal tau. Orang Pakistan/Uzberkistan kot yang jual. Memang tak lalulah tengok ada sotong, ketam, ular, katak pun ado. Kat tepi shopping mall pulak ada sekumpulan makcik-makcik sedang bertaichi beramai-ramai. Ala-ala poco-poco gitew…..kamipun siap join sekejap…hehehehe…

Sejuk-sejuk sampai – 4 darjah celcius pun merata kami terjah. Seronok jalan ramai-ramaikan. Kebanyakkan kedai kat sini tutup pukul 10.00 malam. Lepas pukul 10.00 senyap sepi dah.

Berangan untuk masa hadapan pulak. Pengalaman berada di negara sejuk yang tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila…

p/s : Untuk lebih banyak gambar, sila ke Facebook Alin Marlini

8 thoughts on “Winter in Beijing (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge