Winter in Beijing (Part 2A)

Jumaat, 25 Jan 2013 (Hari ke 2)

Free Foot Massage

Aktiviti sepanjang hari memang padat. Takde masa nak curi-curi tulang. Kalau nak skip pun Mr Liu tak layan. Ingatkan bolehlah ajak pi sopping baju coat ke sebab saya bawa satu jek…cam hampeh. Sopping hari ke 4 kata Mr Liu.

Pulang dari Forbidden City, kami dibawa ke Free Foot Massage. Lepas letih berjalan kat Forbidden City, leh urut kaki free plak tu..Tapi……

Korang dengarlah minah ni berceloteh dulu. Nanti dia akan bawak satu besen air letak uncang. Rendam kaki korang dalam besen tu. Memang sedap. Panas.

Ready untuk terkono….ngeh!ngeh!….Siapa pregnant tidak boleh melakukan aksi ini. Kalau saya tau..saya pura-pura pregnant.

Lepas rendam kaki korang…nanti akan dibawa minah & mamat untuk urut kaki korang. Takat tepuk-tepuk betis…urut-urut tapak kaki…Makcik Melah Kuang lagi best.

Tak habis lagi. Masuk plak professor dorang. Siap ada jurubahasa lagi. Sorang cakap cina sorang cakap english. Cakap indon pun ado. Siaplah korang masa professor tu tengok tapak tangan korang. Dia akan cakap penyakit-penyakit yang ada dalam badan korang.

Memang tang saya, benar belaka cakap professor tu. Saya mengalami period yang teruk. Senggugut. Banyak toksin dalam badan tu sebab muka jerawat. Pehtu, dia akan tanya nak try tak ubat dorang. Oooooo…cepat-cepat saya jawab takmau. Bila saya cakap takmau, professor tu cakap selagi tak makan ubat tu, saya akan menanggung sakit sepanjang hidup. Dan paling tak tahan bila dia cakap muka saya akan kelihatan macam umur 60 tahun bila usia saya baru 40 tahun. Saya rasa nak hentak je orang tua tu….saya takmau makan a.k.a beli ubat dia…suka hati jawab camtu.

Bila dah sedap-sedap kena urut, dorang ni pandai…siap mintak belanja lagi. Gua bagi 10 yuan (5 hengget) walaupun urut tak sedap…

Tips : Tempat ni memang acara wajib kalau tak pergi akan dikenakan denda. Tempat ni tempat government. Nak taknak kena pi jugak. Cuma, pada yang malas tu..korang pura-puralah tak sihat ke…pregnant ke..alergi ke….selamat dari digoda. 

Silk Show Room

Seterusnya kami dibawa ke Silk Show Room (Badan Kerajaan China juga…so wajib pergi). Terkono lagi….hehehehehe…Kami diberi penerangan tentang asal usul kain sutera.

Memang lembut gilak sutera asli ni. Bukan takat cadar, bantal, kain pasang & baju sutera pun ada jual. Saya memang tak minat sutera. Kalau adapun dedelu masa zaman sekolah rajin mak belikan buat baju raya. Dan disini saya tidak berbelanja jugak.

Mr Liu sibok suruh saya sopping tapi tak minat suteralah. Saya nak sopping lain…sampai Mr Liu panggil saya Miss Shopping.

The Summer Palace

Excited nak tahu apalah yang ada kat The Summer Palace ni kan? Menurut Mr. Lui…tasik ini merupakan tempat permaisuri bersiar-siar…

Awesome sangat! The Summer Palace. Dah feeling macam fairy tale pulak…..hehehehe…

Tasik Beku. Bila musin dingin, semua tasik jadi beku. Boleh jalan-jalan atas tu lagi.

Saya mula merengek-rengek dengan Mr. Liu nak jalan atas tasik beku tu tapi dia marah saya. Takut jatuh katanya. Dia takmau tanggung risiko. Tapi orang Cina selamba jek jalan-jalan atas tasik beku tu. Gua sentaplah…..

Akhirnya, dapat jugak jejak atas tasik beku tu setelah buat muka kesian kat Mr Liu. Ngeh!Ngeh! Memang jakun dan teruja sangat. Bila dapat jejak kaki atas tasik beku tu….mak aiii…punyalah licin…menggeletar lutut….hehehehe….

Cantik kan?

 Jambatan untuk keseberang sana…

 Miss Shopping 🙂

Setelah 20 minit berpossing disini…kami dihalau masuk van. Memang punctual betul orang Cina ni…takleh nak lebih-lebih….

Aksi penipuan sedang berlaku dengan peniaga jalanan di Beijing….

Tips : Jangan sesekali anda membeli belah dengan penjual-penjual jalanan. Jika nak beli jugak, pastikan ada duit kecik. Mr Liu dah berpesan dari awal lagi cuma kami yang degil gedik. Kalau korang bagi duit kecik, dia akan mintak duit 100 yuan (RM50). Kalau korang bagi 100 yuan, diorang akan pura-pura masuk kocek dan tukarkan dengan tukar yang koyak. Sangat kotor taktik dorang. Selagi boleh dorang akan kata duit yang kita bagi tu koyak dan dorang mintak duit yang lain. Sampai gaduh-gaduh pun ada. Mana nak paham..dorang cakap cina kita cakap Melayu/English. Dan pastikan korang cek duit balance sebab takut dapat duit Russia atau Taiwan. Dan nilainya kalau korang nak tukar balik memang menyedihkan. 

Masjid Niu Jie 

Kemudian, kami singgah ke Masjid yang tertua di Beijing. Masjid Niujie. Kami sembahyang jamak untuk zohor & asar.

Masa ni ramai gak orang Malaysia singgah. Dapatlah jumpa orang kampung.

Kemudian, kami dibawa ke Muslim Supermarket yang tidak jauh dari Masjid Niujie. Memang best Muslim Supermarket ni. Dan paling best biskut Hello Panda ada disini. Sekotak yang kecik cuma 2.90 Yuan (1.45 hengget). Murah giler..Saya borong 10 kotak.

Acrobatic Show

Kami nak nonton Acrobatic Show. Memang teruja. Sebelum show start, borong-borong longjohn, mafla & topi kat luar. Memang murah giler dari Malaysia.

Memang dasyat dorang ni. Badan lembut giler.

Dan paling taksub adalah para Bikers yang berlegar-legar dalam globe tu. Lepas sorang-sorang masuk sampai 5 orang. Memang bestlah.

Masa untuk sambung jalan kat Wangfujing Street. Jumpa lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge