Winter in Beijing (Part 2)

Hari Kedua, 25 Jan 2013 (Jumaat)

Tiananmen Square & Forbidden City

Seawal jam 8.30 pagi, kami dah berkumpul di lobi hotel. Sebelum meneruskan aktiviti hari kedua, kami minum pagi di hotel terlebih dahulu. Sesungguhnya sarapan pagi di hotel Haufu Wangfujing adalah tidak membahagiakan. Teringat-ingat nasi lemak dan roti canai kat Malaysia.

Intenanary hari kedua, Mr Liu akan bawa kami ke Tiananmen Square. Pagi-pagi dah penuh dengan umat manusia. Jenguk-jenguk gak ada ke ‘orang kita’ kat situ…belum nampak lagi. Kebanyakkannya pelancong Cina juga.

Kami diturunkan di kaki jalan dan berjalan ke Tiananmen Square. Meredah kesejukan pagi. Sejuk sampai ke tulang.ย 

Takde apa pun Tiananmen Square ni. Sekadar sebuah dataran yang luas. Polis kat China ni semua kedekut dengan senyuman. Tapi salute giler sebab tabah berdiri tegak dalam kesejukan yang amat.

“Setiap gambar ada lagunya”-Yunalis Zarai

Melangkah masuk ke dalam Forbidden City, saya sangat kagum dan jakun. Seolah-olah berada bersama-sama cerita-cerita klasik zaman Maharaja dorang plak. Awesome!

Forbidden City atauย Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi. Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987 dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.

Perjalanan dari pintu depan hingga pintu belakang kira-kira 2 kilometer. Kalau bawak kanak-kanak atau orang tua, sila bawak wheelchair atau stroller. Yang masih muda gagah perkasa pun nak tercabut lutut berjalan apatah lagi mereka yang tak larat tu.Sementara menunggu Mr. Lui beli tiket untuk kami possing dulu

Di pintu gerbang pertama…Memasing sibuk possing….

Memang tahap gaban sejuk masa ni. Lihat hidung saya macam pakai blusher plak ๐Ÿ™‚

Mengabdikan momen-momen menarik di sepanjang Forbidden City adalah wajib bagi saya sebab belum tentu dapat ke sini lagi…

Di pintu masuk tempat Maharaja menunggu ketibaan gundik-gundik. Saya tak tahu mengapa review tentang kamar ini begitu popular. Saya pun tak ketinggalan.

Menurut Mr Liu, Maharaja mempunyai beribu-ribu gundik. Setiap hari setiap jam sesuka hati jek dia nak tukar atau pilih-pilih gundik mengikut kad nama. Siapa yang terpilih memang dianggap bertuah. Sebelum menghadap Maharaja, mereka harus mandi tanpa seurat benang dan hanya diselimuti selimut. Dasyat!Dasyat. Masa diberi adalah 2 jam sahaja.

Bilik Diraja…

Memang cantik istana merah ni….Selain Istana, terdapat pokok-pokok yang bermacam-macam rupa dan mempunyai usia beratusan tahun.

Pokok-pokok unik ๐Ÿ™‚

Tasik Beku.

Pengalaman yang sukar dilupakan. Bagai mimpi jadi realiti. Saya memang suka tengok drama klasik-klasik ni. Bila dapat melihat sendiri istana di sana …rasa bertuah sangat. Tapi dorang berlakon bukan disitu ek…lain tempatnya…hehehehe…

Akan menyusul Winter in Beijing (Part 2A) ๐Ÿ™‚

6 thoughts on “Winter in Beijing (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge