Winter in Beijing (Part 3)

Sabtu, 26 Jan 2013 (Hari ke 3)

Jade Museum, Burning Cream Center & Crystal Center

Aktiviti hari ini semakin padat. Jam 7.15 pagi kami dah berada di lobi hotel. Lagi punctual darr Mr Liu.

Mr Liu kata hari ini kami akan melawat Jade Museum. Kepada sesiapa yang minat dengan Jade…sila terkono kan diri sendiri ek.

Sebahagian pameran jade di muzium jade. Macam-macam ada. Dari yang murah sampailah yang paling mahal. Nasib baik saya tidak berapa gemar jade so jimat duit. Orang lain dengar taklimat…mak sibuk bergambor…

Kami mendengar penerangan dari gadis ini berkenaan perbezaan Jade asli dan palsu.

Cara mengetahui saiz jade mengikut tangan memasing. Kak Wani rela diri jadi model Jade.

Sementara menunggu bos memborong Jade, kami possing-possing dulu kat luar yang suhu masih -4 darjah celcius. Siap keluar asap dari mulut lagi. Manyakk syokkkk…
Biarlah gambar sahaja yang menjadi kenangan di Muzium Jade ni…

Sejukkkkk…..

Burning Cream Centre

Tempat seterusnya kami ke Burning Cream Centre. Tempat terkono lagi ni…ngeh!ngeh!

Sampai mengantuk memasing. Asyik dengar taklimat jek. Nasib baik taklimat dalam bahasa Indonesia. Seperti berada di Bandung pulak…hehehehe…

Sambil beri taklimat sambil jual barang…itu konsep dorang. Tapi bos saya beli gak ubat dan koyok kat situ. 1 botol koyok ada 7 keping berharga 100 Yuan (RM50). Beli 1 botol share 2 orang.

Dihadapan Kilang Koyok 🙂

CRYSTAL CENTRE

Kemudian kami dibawa ke Crystal Centre plak. Crystal Centre merupakan tempat membuat kristal dan ala-ala muzuim kristal gak.

Batu Kristal bewarna ungu ini dikatakan kristal yang paling mewah dan mahal.

Batu hikmat warna merah. Saya tepuk 2 kali sebab ertinya WANG BESAR!WANG BESAR!..hehehehe…saja main-main jek…itu semua kepercayaan orang Cina.

Saya pun tak berapa minat kristal-kristal ni…so jalan-jalan habiskan masa selama 20 minit. Masa ni ada sorang budak kecik orang Malaysia…siap pecahkan satu ball kristal lagi. Jenuh bapak dia nak membayar….

Lepas sambung ke tempat yang ditunggu-tunggu. Akan kembali di Winter in Beijing (Part 3A)

2 thoughts on “Winter in Beijing (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge