Winter in Beijing (Part 3A)

Sabtu, 26 Jan 2013 (Hari ke 3)

The Great Wall , Beijing atau Tembok China 

Masa yang paling tidak sabar. Tidak sabar melihat kekuatan orang Cina dahulu kala.

Mr Liu membawa kami ke The Great Wall atau Tembok China. Sepanjang perjalanan ke sana memang hati sudah teruja. Taksub dengan keindahan senibina orang dahulu kala. Apatah lagi tidak sabar untuk mendaki Tembok Cina.

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.

Cuba teka? Adakah aku sampai di atas sana?

Cak!!!! Jawapannya….adalah tidak…aku cuma sempat hingga pundak ke 2 sahaja. Alasan : tak breakfast. Takde tenaga.Sangat suka gambar di atas. Kredit buat Kerol yang sanggup jadi photographer kami 🙂

Korang mampu ke nak mendaki tangga Tembok China ni? Stamina kena kuat beb. Setakat lutut longgar macam aku…memang taklah.

Tips untuk mendaki Tembo China : Buat latihan sebelum mendaki. Kena makan banyak-banyak supaya bertenaga.

Kat sini pun ada kunci-kunci cinta cam kat Korea. Dahlah panas terik…ku tahan aje…kukuku…

Penat tu…dari 10 orang cuma 3 orang jek yang berjaya sampai puncak ke 3. Siap dapat kad hero lagi. Maybe next timelah aku tawaf….ngeh!ngeh!

Aku sebenarnya lebih teruja dengan seni pembuatan tembok tersebut. Betapa banyak tenaga dan nyawa digunakan. Betapa setianya mereka kepada Raja dan negara mereka. Betapa penatnya kaki nak mendaki anak tangga Tembok China tu kan?

Aku abadikan nama-nama semua yang dah jejak The Great Wall ini. Jika ada rezeki suatu masa nanti, bolehlah aku bawa keluarga pulak sambil tunjuk nama yang aku ukirkan ini 🙂

Yey!!!Aku berjaya berada di Great Wall atau Tembok Cina. 🙂

Skiing Resort

Balik mendaki Great Wall, kami dibawa makan terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat dihati masing-masing. Maklumlah…salji dah cairkan….teringin pulak nak main salji….Kami akan ke Skiing Resort. Menurut Mr. Lui, Skiing Resort adalah salji buatan. Taklah real sangat. 

Patutlah di Skiing Resort ni cuaca terpacak atas kepala. Dahlah tak sejuk langsung. Kita dah bajet pakai 2-3 lapis baju longjohn.Kah!Kah!Kah! 

Sedikit perasan teruja dan jakun sangat. Bersyukur sangat sebab dalam pergi tempat yang indah sebegini. Alhamdulillah. Lepas pakai kasut ski masing-masing, kami dibawa ke gelanggang salji…gitewww……Aku tengok takde orang melayu pun. Rata-rata rakyat China jugak.

Mula-mula jejak kawasan bersalji tu, memang terpijak kaki rasanya. Punyalah licin. Mana nak handle tongkat sakti lagi. Nak balance badan lagi. Sudahnya, aku keras ke kat satu tempat..kekekeke…

Masing-masing sedang menyesuaikan diri dengan kasut salji …hehehe….memang kekok giler…

Korang boleh juga upah cikgu untuk jadi pandai berskiing…..dorang kira satu kepala. Tak silap aku seorang dalam RM80.00. Memang taklah kalau akukan. Bos aku je suruh cikgu ajarkan dia….

bajet macam pandai kayuh je kan…padahal keras kat situ tak beranjak-anjak…

percubaan dari kaum Adam. Macam-macam gelagat…kelakar giler. Abang Su dan Kerol paling sadis. Dah jatuh…punyalah payah nak bangun sebab memang licin….kekekekekeke….

2 jam disini memang tidak mencukupi. Memang seronok walaupun aku taklah begitu berani nak bermain dengan lebih ekstrem tapi dapat rasa keghairahan salji itu sendiri sudah memadai. Mesti Qayyum jeles sebab Mama dapat main salji…hehehehehe…..

Apapun pengalaman di sana sangat berharga. Akan dikenang sampai bila-bila.

4 thoughts on “Winter in Beijing (Part 3A)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge