Winter in Beijing (Part 4)

Ahad, 27 Jan 2013 (Hari Ke 4)

Pearl Centre 

Hari yang ditunggu-tunggu. Mahu menghabiskan duit yuan yang tak luak-luak lagi. Malangnya, pagi-pagi perut saya memulas. Puas muntah belalak. Mungkin salah makan malam tadi. Aduh!!!apsallah hari sopping plak jadi begini. Hilang langsung selera sopping.

Tapi…sebelum pi sopping…kami singgah ke Pearl Centre dulu. Hari terkono lagik.

Sewa di pintu hadapan stadium jek.

Muka memang memasing mengantuk lagi. Boringpun sama gak 🙂 

Kami diberi taklimat pasal Mutiara yang baru berusia 5 bulan. Cuba teka berapa biji mutiara dalam tiram tu?

Tapi anak mutiara yang belum matang tidak boleh dijadikan assesori. Ianya cuma dijadikan krim kecantikan. Semuanya ada 32-35 biji mutiara.

Mutiara yang besar 🙂Boring…..tapi selepas anak bos masuk…baru best skit. Boleh paw anak bos ni….ngeh!ngeh!

Mr Jack Yen. Anak tokey. Katanya. Single but not available. Dia tak berapa fasih sangat berbahasa Inggeris tapi still boleh fahamlah. Katanya, kebetulan dia datang kedai sebab nak bagi bonus pada staff. Patutlah tak ramai staff kedai dia sebab kebanyakkannya dah balik kampung bercuti nak raya kan.

Dan kebetulan anak tokey datang nak bagi bonus, kami pun nak mintak bonus gaklah. Tak sangka…aku  cuma gurau-gurau jek…dia suruh staff dia bagi cenderahati kat kami setiap seorang. Sebentuk cincin bertahta mutiara. Tapi kumpulan kami jelah yang dapat.

Besar kedai dia. Bukan takat di China….Mr Jack Yen ada lombong Jade di Burma juga 🙂

Kami bukan sahaja diberi hadiah cenderahati malah Mr Jack Yen turut memberi diskaun berani mati lagi. Harga gelang yang bertahta mutiara cuma 300 yuan (RM150) daripada harga sebenar 2280 yuan (RM1,140). Rantai dari 480 yuan (RM240) jadi 100 yuan (RM50) jek..

Bila bos dorang bagi diskaun kaw-kaw punya…sampai terbeliak bijik mata staff dorang. Giler bos dorang ni agaknya. Terkonolah lagi kami…

Akhirnya dapat jugak size cincin mamat ni….baru gembira hatinya 🙂

Aku rembat 2 rantai dan 1 brooch tapi tak sempat nak bergambor bagai…..

Lepas ni…kami akan dibawa ke tempat shopping. Silk Street & Yashow Clothing Market.

Kami jugak difahamkan bahawa Hard Rock Cafe di Beijing sudah ditutup. Sudah bankrup. Sebab jualan tidak memberansangkan. Hampa betul sebab baru 1st time gua simpan duit nak beli tshirt Hard Rock Cafe.

Kami juga diberitahu Russian Market jugak telah ditutup. Sebab apa? Lupa plak apa yang Mr Liu tu bagitau….hehehehe..

Yey!!!tak menyabar menghabiskan money!money! di Silk Street. Walaupun perut tak berapa sedap…demi orang Malaysia yang sedang menunggu kepulangan gua…gua tabahkan perut. Di sini kedainya agak nyaman dan teratur. Ada t’shirt…baju..cadar..assesori dan macam-macam lagi. Cuma kain baju kurung jek takde 🙂

Usher-usher line dulu…tapi apa yang nampak kami sambar sebab Mr Liu bagi 2 jam jek kat sini. Hampeh!

Bagi PA sopping dulu ek bos….bos dah tengok jek…tak cukup duit..tolong top up ek..

Pilih mak jangan tak pilih…disebabkan kesakitan perut yang masih memulas-mulas…saya jadi hilang mood untuk memborong assesori padahal memang ada dalam list…

Ye….Superdry…cuma 50 yuan sahaja…Saya pun tak tau murah ke idak sebab tak pernah belipun kat Malaysia…

Aneka kasut kanak-kanak. Comel-comel belaka.

Abang Mad jadi tukang tunggu barang-barang sementara kami bersopping.

Hampir 2 jam Mr Liu sudah sibok menunjukkan diri. Itu tandanya time’s up….huhuhuhu…

Saya sempat rembat cadar seperti gambar di atas dengan harga 165 yuan (RM82). Murah ke? Rembat table runner 100 yuan. Kalau kat Sogo berharga 200++.

Kemudian kami ke Yashow Clothing Market. Kat sini lagi menarik berbanding Silk Street tadi. Lebih banyak pilihan tapi tetap takde kain baju kurung…hehehe..

Nisa sibok suruh aku bergambar dengan seluar hijau tu…sebab aku pakai seluar hijau 🙂 Dan abang botak tu sempat jek menyelit sebelah saya….

Seluar jeans juga termasuk dalam agenda shopping aku tapi cuma mampu pandang dan menyesal di Malaysia.

Jumpa orang Malaysia tengah memborong cebet aka table runner. Memang murah giler kat sana. Tak kose nak membawa balik jek. Hati dah tak sedap sebab takut terlebih berat plak.

Kasut jugak hanya mampu pandang jek..nyesal tak sudah…kan dah kena beli yang ORI…Memang rambang mata kat sini. Kemeja, t’shirt, lapik meja, kasut, beg…semua ada dan murah2…

Dorang ni memang letak harga tinggi-tinggi giler. Adake patut t’shirt sampai 450 yuan (RM225). Korang kena pandai main sebut harga. Kalau aku, takat t’shirt…kemeja…dorang letak tetinggi…seboleh-boleh aku mintak 50 yuan (RM25) jek…kalau dorang tak bagi..korang buat-buat blah dari kedai dorang…nanti dorang akan panggil balik dan main-main calculator lagi. Ada gak yang pandai bahasa inggeris. Contoh : sehelai kemeja Polo..dorang letak sampai 350 yuan (RM175)…lepas main tarik tali dorang akan letak 200 yuan..150 yuan..gua mintak terus 50 yuan (RM25). Dorang tak bagi???Korang tepuk-tepuk bahu dorang sambil cakap “You’re my friend….50 yuan enoughlah”…Gua rembat 2 untuk Encik Suami. Baju t’shirt untuk Balqis pun…dari 150 yuan…aku mintak 20 yuan jek.

Korang kena pandai bargain. Mintak serendah mungkin. Dorang mesti bagi. Tapi adalah diingatkan…jika korang just tanya-tanya pehtu blah…memang korang kena maki ngan dorang. Memang dorang pantang kalau takat tanya-tanya tapi tak beli. Tapi tak semua camtu. Ada yang okay.

The Place

Lepas bersopping…kami singgah The Place hanya cuma untuk bergambar selama 10 minit.

Shopping Mall yang mempunyai skrin LED terbesar di Asia…Memang awesome!!

Bestkan…tak taulah berapa duit api dorang ni…

Gambar kenangan di The Place. Walaupun tak dapat masuk…memang syokkk…

4 thoughts on “Winter in Beijing (Part 4)”

  1. Kak sepanjang kat sana mmg takleh pakai jeans ke? Sbb ada yg kata nnt jeans tu keras tak selesa. Then akak ni semua pakai seluar apa eh? Pakaian pulak mcm mana? Sorry byk tanye saya punya trip 9/12 nnt and first time 🙂 And saya pun bertudung jugak.

    1. salam dik. boleh je tanya…bukan kena bayar pun hehehehe
      Jeans memang boleh pakai. cuma kena pakai 2 lapis seluar. lapisan pertama kena pakai longjohn (mcm inner) dan lapisan kedua baru seluar. digalakkan pakai seluar yg tebal sebab kalau musim sejuk memang sejuk hingga ke tulang terutama waktu malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge