Winter in Beijing (Final Part)

Isnin, 28 Jan 2013 (Hari Ke 5)

Airport Beijing

Berakhir sudah percutian kami di Beijing selama 5 hari. Masih tidak puas rasanya. Seawal jam 6.00 pagi kami bertolak dari hotel menuju ke lapangan terbang Beijing. Tidak sabar juga mahu berjumpa dengan keluarga.

Memasing cuak takut beg memasing lebih muatan. Saya mungkin selamat sebab tak shopping sangat. Kalau tak kerana perut saya yang memulas-mulas tu…mahu bertambah beg saya..kekekeke….

Fuhhhhh!!!lega…beg memasing lepas ke kargo…

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..tapiiiiii……

Bila sampai KLIA, terima mesej kata ada beg pecah…ada roda beg patah…aduhhhh…..sekali tengok memang betul. Bukannya dapat ganti balik pun. Moral of the story, silalah balut beg korang elok-elok. Dorang ni main campak je. Habis jahanam beg baru hakuuuuu….. 

Terima kasih buat bos saya ABJ & HHA atas tajaan percutian kali ini. Hanya Tuhan yang dapat balas budi baik tuan berdua. Merasa juga kami berada di negara sejuk. Satu pengalaman yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Lepas ni macam nak ajak bos gi London pulak…hehehehe…mudah-mudahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge