Jalan-Jalan di Bandar Ipoh

Inilah di antara cerita-cerita yang ingin saya ceritakan. Cerita yang terpaksa dipendam akibat kengkangan masa. Bukan cerita gosip-gosip yang perlu saya ceritakan di blog comey saya apatah lagi di laman MukaBuku itu. Ingat muka saya ni muka kaki gosip ke ? 🙂

Okay mari bergembira dengan cerita-cerita saya plak. Percutian yang tidak di rancang…selalunya menjadi. Tapi bila rancang bagai nak rak…macam hampeh…Pertama kali menjejak kaki di bandar Ipoh. Kami bermalam di De Rasi Homestay. Alhamdulillah..setelah mengharungi jam selama 5 jam lebih baru kami sampai di Ipoh. Maklumlah…raya Cina..cuti panjang..semua berebut-rebut pi jalan-jalan.

Jujurnya saya belum pernah sampai ke Ipoh. So, sangat teruja sampai lupa nak google tempat-tempat menarik di bandar Ipoh. Apa lagi…saya terus ber’bbm‘ dengan ex boss saya Encik MNH. Nasib baik dia masih sudi layan kerenah saya lagi. Apa yang ada kat Ipoh, semua dia suruh terjah. Tapi memandangkan masa tu dah dekat malam apa yang sempat je kami singgah.

Tambun memang terkenal dengan buah Tambun @ Bali. Memang buah feveret saya. Excited nak tengok pokok Bali. Jom…..

Gerai buah Bali di Tambun. Memang best dan sporting tokey buah tu. Kami dibawa ke ladang Bali dia untuk sessi possing-possing. Dorang ni macam tak raya jek..sibuk cari rezeki lagi…

Kemudian, kami singgah ke Ipoh Parade. Haiyoooo…semua kedai sula tutup lorh pasai malam ada makan besar kaum Cina.

Setelah habis tawaf Ipoh Parade, MNH suggest kami singgah ke Gerbang Malam. Gerbang Malam Ipoh ini adalah lebih kurang macam uptown. Masa ni cerah lagi. Kami sampai dalam pukul 7 lebih malam. Kebanyakkan peniaga masih sibuk membuka gerai masing-masing. Kami pun ronda-ronda sekitar kawasan Gerbang Malam.

Jom….pusing-pusing uptown Ipoh. Semua jualan lebih kurang di KL. Memang meriah. Kemudian penat jalan, perut lapar. MNH suggest kami rasa keenakan Satay Endut dan Ais Kacang Ipoh. Kenapa satay tu nama Satay Endut? Tak tau…sila tanya orang Ipoh…:) Memang kawwwww (^__^)

Sayang Abah. Sayang Hingga Ujung Nyawa 🙂

8 thoughts on “Jalan-Jalan di Bandar Ipoh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge