Percutian di Lost World of Tambun

Salam Khamis. Semoga sihat semuanya. Pada yang tak sempat bertegur sapa, insyaAllah saya akan terus berblogwalking. Jom sambung cerita-cerita yang nak saya ceritakan.

Misi kami ke Ipoh adalah ingin bermandi manda di Lost World of Tambun. Memang dekat sangat dengan homestay yang kami tinggal tu.

Kak Chik….pergi Ipoh…haruslah ke Lost World….hehehehe… kami beli tiket online murahlah 2-3 hengget kan…leh beli nasi ayam yang kat dalam theme park berharga RM7 hengget….air mineral pun 7 hengget..sesekali jadi orang kaya…

Klik SINI untuk booking online

Lost World of TambunKalau ikut syarat-syarat nak mandi kat situ haruslah pakai pakaian mandi. Tak kose mak nak berbikini-bikini….hehehehehe…mak berbikini kat oversea jek…

Korang jangan risau. Korang pakai apa-apa yang sesuai untuk mandi manda…dorang tak tegur. Kalau tak gua mintak duit gua balik…

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Kami melawat Petting Zoo terlebih dahulu. Tapi tak habis round sebab Qayyum dah merengek-rengek nak mandi.

Lost World of TambunMasa yang dinanti-nanti. Walaupun masa ni Raya Cina tapi keadaan masih terkawal…ramai orang melayu jek.

Overall, okaylah nak bawak anak-anak mandi manda kat sini. Dorang happy kita sebagai mak bapak lagilah happy. Lagipun dah setahun tak bawak dorang jalan-jalan. So, jalanlah korang sampai lebam.

Cuma abah jek tak membasahkan diri. Tak selesa katanya. So, lepak-lepak tepi kolam…ala-ala…tepi laut. Mak pulak membasahkan diri di kolam air panas. Memang syokkkk…Kalau bawak warga emas leh diskaun harga kanak-kanak tau…

Pukul 4 lebih baru kami pulang….tapi bukan pulang ke Sungai Buloh…kami nak singgah ke satu tempat plak. Nanti saya sambung cerita saya ye….

8 thoughts on “Percutian di Lost World of Tambun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge