Dingin Lavender di Cameron Highlands (Part 1)

Salam Jumaat.

Percutian ini juga adalah percutian asal boleh namanya. Rancang nak ke Tambun jek…alih-alih terus lencong ke Cameron Highlands plak.

Setelah 10 tahun, ketika umur Balqis 2 tahun…baru saya ke Cameron Highlands semula. Pernah jugak rancang-rancang nak ke Cameron Highlands tapi tak pernah menjadi. Bila main terjah jek jadi plak. Dan Akibatnya…dari pukul 6 petang dari Ipoh….pukul 9 lebih malam baru kami sampai ke Cameron Highlands. Kami masuk dari Simpang Pulai. Dan lagi parah…jalan jem sekitar Berinchang dekat 3 jam. Dan lagi sadis…semua hotel, motel PENUH. Pandai-pandailah pengarah projek (Adik Moon) selesaikan masalah kami. Puas telefon sana sini, akhirnya dapat jugak tempat penginapan. Hotel takde..motel takde..hostel pun jadilah. Boleh muat 8 orang sebab ada 4 katil double deckers. Ada tv tapi takde Astro…huhuhuhu..jadilah dari tumpang kat masjid. Dengan kedinginan malam hingga ke tulang hitam..kami redha. Merasalah kami tinggal di asrama….hehehehe. Nama hostel jangan tanya sebab tak best…malas nak ingat. Harga saya ingat sebab mahal…1 malam untuk 8 orang RM330.00..cash jek tau….

Ingat semalam jek jem sekitar Berinchang…rupa-rupanya hingga ke hari Isnin masih jam. Musim perayaan memang begitu situasi di Cameron Highlands.

Tempat pertama kami singgah, Strawberry Farm. Tapi terkilan sebab tak boleh rasa nak pegang-pegang buah strawberry tu sebab menurut empunya farm..bukan musim strawberry. Keciwa mak tau. Berpossing-possing ngan kaktus jela….Kesian anak-anak tak dapat merasai sendiri. Bukan takde tempat lain …masalah utamanya jalan sangat jem. Kami banyak menghabiskan masa berejam-jam dalam kereta jek. Frust giler.

Mari saya hidangkan panaroma di Cameron Highlands. Biar gambar yang berbicara….

Sambung Part II pulak ye…..

12 thoughts on “Dingin Lavender di Cameron Highlands (Part 1)”

  1. kalau kami gi CH asyik ke hotel twangsa je. wpun biase je hotelnya tapi bersih dan ada steambot free yeay!!!

    kalau last minit waktu public holiday mmg fully booked.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge