Dingin Lavender di Cameron Highlands :) Part II

Hari ke 2 di Cameron Highlands…

Lepas kemas-kemas segala bagasi kami check out. Selepas bersarapan kami terus gerak. Hati tidak sabar nak melawat banyak tempat menarik di CH.

Namun, sepanjang perjalanan kami mengeluh. Tak baik kan? Bukan apa mengeluh disebabkan kesesakan lalulintas di pekan Berinchang. Nak naik jem…nak turunpun jem.

Kami putuskan nak melawat Sungei Palas Tea Centre. Dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang kecuali hari Isnin ditutup. Masuk adalah Percuma.

Perjalanan ke Sungai Palas Tea Centre ni memang agak ngeri sedikit sebab jalan sempit dan berliku-liku tapi kami enjoy!!. Nak ke kilang BOH pun kena jalan kaki keatas lebih kurang 250km.

Baru saya teringat, disinilah lokasi Lisa & Aaron Aziz bergaduh dalam filem Ombak Rindu.

Kami lepak-lepak sambil menghirup udara segar dan semestinya ada BOH yang ummpppphhhh….

Jom rehatkan minda dengan secawan teh….ada BOH…ada umppphhhh……

Ladang Teh BOH, Cameron HighlandsMemang laki den tadah diri ke jadi model pada adik ipar saya, Yuz jek sepanjang di Cameron Highlands nie…kekekeke. Al-maklumlah testing nak jadi photographer cam Saiful Nang…hehehehe… 

Alamat Ladang Teh Boh :-

Sungei Palas Tea Centre
Jalan Gunung Brinchang, Brinchang, Cameron Highlands.
Phone: +605-4962096

Waktu Melawat : 9.30 pagi – 4.30 petang

More pictures please click HERE

4 thoughts on “Dingin Lavender di Cameron Highlands :) Part II”

  1. teringin nk ulang ke cameron lagi, tp mengenangkan perjalanannya yang boleh buat muntah ijau, huuhuhu….bestnya sejuk cameron! mkn strawberi/minum teh! ;-))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge