Dingin Lavender di Cameron Highlands (Part III)

Dah nak balik…sekejap sangat rasanya berada di tanah dingin ini….lagipun bukan berjalan sangat akibat kesesakan jalan raya terlampau.

Oleh yang demikian, takyah berangan lagi nak pi musim perayaan. Pi musim tak de raya…hehehehe….

Turun dari Ladang BOH, ingatkan dah tak sesak lagi..rupe-rupenya makin menjadi. Spoil mood betullah. Kami terjah je sepanjang tepi jalan yang ada jual-jual barang-barang untuk dibawak pulang ke Sungai Buloh.

Korang kenal buah ni? Dulu pada kecik-kecik..abah selalu cari buah ni dalam hutan untuk dijual. Memang sedappppp…Namanya buah Tampoi….nyesal tak beli seguni sebab susah na dapat kat area Selangor…

Lepas tu kami singgah ke pasar malam Berinchang. Makanan di sana memang cekik darah. Fahamlah…atas gunung…sejuk pulak tu…

Hampir pukul 8 malam baru kami gerak dari Cameron Highlands. Masa balik kami ikut Tapah sebab lebih dekat. Tapi jika ke Cameron Highlands lagi…saya lebih rela ikut Simpang Pulai walaupun jauh skit sebab jalan ke Tapah tu bengkang bengkok yang amat dasyat. Tak dapat diterima akal fikiran saya. Habis muntah belalak saya sepanjang perjalanan.

Namun, alhamdulillah…akhirnya sampai jugak kami ke Sungai Buloh dengan selamat. Mungkin kami akan terjah Cameron Highlands lagi. InsyaAllah.

8 thoughts on “Dingin Lavender di Cameron Highlands (Part III)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge