Cinta Terlarang

Kesian kan jika cinta terlarang oleh mak bapak. Tengah syok-syok di lambung asmara…bait-bait cintan cintun…tetiba mak bapak tak restu plak. Al kisah adalah sangkut paut ngan kisah Shila Amzah & Sharnaaz.

Teringat akakkk zaman cinta monyet dedulu. Kisah akak dan cinta terlarang akak. Zaman budak hingusan. Cinta melebihi segalanya. Akakk pernah gak berkawan ngan 2-3 orang budak lelaki ni. Masa tu akakkk memang hot kat sekolah (tipu hokeyy). Mak memang larang habis sebab giler ko masih budak sekolah nak bercinta bagai. So, akakk pun tinggalkan boypren-boypren akakk tu. Dah tu…lepas sekolah baru akak bercinta balik. Akakk jumpalah ngan abanggg akakk yang comel ni…akakkk malas nak declare I Love You masa awal-awal kenal dulu. Memang akakkk jual mahal gilerr. Tapi abanggg akakk ni degil Tok Abu. Tak reti bahasa. Tak tahu malu. Asyik gedikkk kacau akakk. Bila telepon memalam tu..bukan borak ngan akakk tapi borakk ngan makk akakk plakk. Bebulu jek dengarr. Nak bercinta ngan makkk akakk ke ngan akakkk!!!huhuhu….

Rupe-rupenya kata abangg akakk…nak tackle anak kenalah tackle hati makk dulu. Akakk pun jemput abangg akakk datang umah. Masa tu 1st time (masa tu hari raya tahun 1999) abanggg akakk datang beraye kat umah akakk. Mak akakk terus berkenan. Lega hati akakk…tak payah susah payah cari pakwe lagi. Maka sehingga sekaranglahh akakkk masih setia bersama abanggg akakkk tu….

3 thoughts on “Cinta Terlarang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge