Masuk Kem…..

Sabtu lepas anak dara saya, Balqis mengikuti Kem Motivasi Diri untuk UPSR di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong selama 2 hari 1 malam. Pada mulanya saya rasa berat hati nak melepaskannya tapi dah kakak Balqis beria-ia nak pergi, saya redha. Tapi lepas ni saya nak hantar dia untuk seminggu plak…hehehehe…untuk kesan yang lebih mendalam.

Dan pertama kali saya menghantar tempahan kek seawal jam 7 pagi kat rumah customer. Sorilah Zalila sebab kacau pagi-pagi yang hening dan terima kasih sebab sudi tempah kek dengan kite 🙂

601535_4926912848812_1173637085_n

 

Tengok jelah persiapan anak dara saya ni…mengalahkan nak pergi seminggu plak. Kalau dulu-dulu saya masuk kem cuma bawak tikar dan selimut jek untuk alas tidur. Zaman sekarang…siap bawak toto…selesa sikit nak tidur.

Selepas hantar Balqis ke sekolah, saya terus balik rumah mak plak. Jam gi pukul 10 nak hantar kek kat regular customer, BFF saya Tini… kat Bandar Baru Sg Buloh.

Harap-harap Balqis okay jek kat sekolah tu..

Esoknya ada motivasi untuk ibu bapa plak. Tapi saya rasa kurang best sebab tak ramai mak bapak yang join. Mungkin disebabkan kekangan masa agaknya.

Setelah hampir 1 jam dimotivasikan oleh penceramah jemputan, masa untuk anak-anak akan dipertemukan dengan mak bapak. Bila lihat jek anak-anak serbu dewan sekolah, semua mata merah. Baru lepas kena basuh ngan ustaz. Semua mesti tengah rindu mak bapak.

Saya pun tercari-cari manalah anak dara saya ni….tak lama tu muncul Balqis dengan mata yang merah jugak. Saya peluk dia. Dia pun menangis sakanlah lagi. Saya nangis tak? Opkoslah saya menangis tapi taklah lebat sangat sebab still control ayu giteww….

537539_4933894303344_622315993_n

Terkesan dengan kata nasihat ustaz. Harap simpan dalam hati. Ingat Mama dan Babah….

Apa yang buat saya lebih sedih ialah bila saya lihat budak-budak yang masih terjenguk-jenguk cari mak bapak dorang…tapi mak bapak dorang tak datang. Sedey tau…kesian dorang…bila lihat mak bapak orang lain dok peluk-peluk anak tapi dorang????Rasa nak peluk je dorang tapi ustaz kata dorang boleh peluk cikgu-cikgu dorang.

Lepas ni kalau ada kem seminggu, saya nak hantar lagi…hehehehehe…biar lebih terkesan.

Selepas dimotivasikan, baru Mama sedar yang Mama tak boleh paksa-paksa kakak. Mama sedar sejauh mana kemampuan kakak. Selama ni memang Mama selalu push-push kakak supaya target 5A dalam UPSR. Tapi semalam baru Mama tersedar dari lamunan..yang mama sepatutnya tidak terlalu push kakak. Doa Mama buat kakak Balqis, semoga kakak Balqis akan sukses dalam peperiksaan UPSR September nanti.

8 thoughts on “Masuk Kem…..”

  1. akak!!!..alahaii siannyer kakak nangis, kalo sy kene ceramah camtu pon sy nangis jgak..mmg dh ratu leleh kan..huhu..

    bagus ceranmah & motivasi sebegitu..lg elok biar berterusan, barulah deorg igt smpai bila2 kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge