2 berita dalam 1 hari…

Setiap hari pasti ada bermacam-macam cerita dalam kehidupan kita sebagai manusia. Lumrah hidup orang kata.

Pagi ini saya terserempak dengan bespren zaman sekolah saya dulu. Kami panggil dia Ijam Toman. Hampir 4 tahun tidak bertemu. Last jumpa masa renuion sekolah SMBG 2010. Walapun ko berhelmet ‘fullface’ lubang hidung ko tetap aku kenal…hehehehe…

Pagi ini juga saya mendapat satu berita yang amat sedih sekali. Tentang bespren saya, Normalayati..masa zaman sekolah rendah. Dah berpuloh tahun hubungan kami. Baru sahaja berkongsi rasa, berkongsi cerita dengan hero kami yang dipanggil Abah.

Abah kami sama-sama mempunyai masalah jantung. Kami selalu luahkan masalah masing-masing tentang Abah kami. Abah kami degilah…Abah kami selalu skip makan ubatlah..Abah kami takmo dengar cakap kamilah..Kami selalu marah Abah kamilah…

Tapi……..Abah sahabat saya telah dipanggil Illahi semalam. Dulu semalam…adalah hari lahir sahabat saya. Saya dengan gembira mengucapkan Selamat Hari Lahir Mala. Hari ini..bila saya baca status dalam laman mukabukunya, tersentap jiwa raga saya. Tidak terkata. Terlalu pedih untuk diluahkan. Setahu saya, abah sahabat saya tidak sakit terlantar. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Abah sahabat saya telah meninggalkannya buat selamanya.

Dan baru sekejap tadi, saya menghubungi sahabat saya setelah perasaan saya benar-benar tenang dan kuat. Tapi rupanya tidakkkk….bila dia mula menangis menceritakan detik-detik terakhir bersama abahnya…di corong telefon sebelah sini…saya juga ┬ámenangis. Sebenarnya saya ingin lebih menangis tapi saya tahan…saya turut sedih sangat-sangat sebenarnya walaupun dia bukan abah saya. Saya turut merasai apa yang sahabat saya rasakan.

Semoga Allah mencucuri arwah Abah sahabat saya. Semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah. Buat sahabat saya, Normalayati sekeluarga…tiada apa yang ingin saya katakan selain redha dan sabar.

IMG_1264

Abah….orang sayang sangat abah…Ya! Allah…aku sangat menyayangi abahku..Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buat kami….

3 thoughts on “2 berita dalam 1 hari…”

  1. akak pun kalau bercerita tentang mak dan abah mesti rasa sebak di dada… kita terkenangkan masa sakit dan susah mereka… semoga mak dan abah kita diberi kesihatan yang baik…aminn:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge