Doakan yang terbaik untuk Anas

Qada’ dan Qadar Allah…siapalah yang tahu dan siapalah yang berhak menghalangnya. Jika sudah tertulis maka kita kena redha dengan ketentuanNya.

Pada yang kuat…akan menghadapinya dengan tenang. Pada yang tidak…air mata jadi peneman.

Sedangkan orang dewasa sakit sedikit bagaikan nak mati rasanya apatah lagi pulak dengan budak-budak. Kesakitan yang tidak terucap dari mereka. Hanya Allah yang mengetahui apa yang budak-budak ni rasakan.

Kadang-kadang…anak-anak ni depan mak bapak dorang tersenyum manis. Dorang tidak mahu nampak sedih depan mak bapak dorang yang memang tengah sedih. Senyuman dan keletah mereka yang dapat menenangkan hati.

Kadangkala kita terfikir..apalah dosa anak kecil ini menderita kesakitan. Tapi hanya Allah yang tahu mengapa dia menderita….

301556_3036006037258_1212999601_n

Anas…aunty akan sentiasa doakan agar Anas cepat sembuh. Aunty tahu Anas budak kuat dan power kan? Anas kena lawan penyakit Anas tau…Aunty..sebenarnya nak peluk sambil nangis-nangis depan Anas tapi Aunty malu…dan Aunty takmau Anas rasa lebih sedih. Ramai yang sayangkan Anas. Ramai yang akan mendoakan buat Anas. Buat Kak Alin…orang tau Kak Alin lebih sedih….orang akan doakan yang terbaik buat Anas. 

3 thoughts on “Doakan yang terbaik untuk Anas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge