Orang Lain Buat Orang Lain Yang Dapat Nama Plak…

Semalam hari minggu. Semalam mood masak sangat rajin.

IMG_1662

 

Sebenarnya dah 2-3 minggu ngidam nak makan Sambal Sutun ni…dan dah 2 minggu gak si Sutun ni dok mengeras dalam peti ais.
IMG_1667

 

Ayam Masak Kicap Berkentang adalah permintaan mak. Saya jarang masak kicap sebab kurang digemari. Puaslah google dalam internet. Tanya mak, mak kata masak je cam biasa. Masalahnya kita tak biasa masak kicap. Makan kicap ngan nasi pernahlah…..

Dan untuk menyedapkan anak tekak saya, saya pun main campak-campak jelah apa yang patut. Maka terjadilah Ayam Masak Kicap Berkentang Menggelabah ni…hehehehehe….

Respon dari pemakan, memuaskan hati masing-masing.

Tapi…..yang paling kita menciiiii..semua orang tak caya kita yang masak semua ni. Saya memang akui…dalam seminggu…kadang-kadang…tak pernah masak pun. Balik kerja…mak dah masak. Lagipun kitakan kerja…balik rumah dah pukul 7 lebih….bergegas hantar anak pi tuisyen…gedebak gedebuk…dah pukul 8 lebih. Mandi. Solat. Dah jam 8 lebih. Tengok TV. Ngantuk. Tidurlah…apalagi. Mana ada masa nak berperang kat dapur. Bila weekend plak…sibuk nak window shoppinglah…nak overtime kat Little Voices Choc Cakeslah…lagilah takde masa. Itulah sebab musabab kenapa kita jarang masak. Bukan kita malas tapi bila kita rajin…nilah hasilnya.

Ada yang komen, kita masak ke laki kita yang masak?huhuhuhuhu….memang laki kita rajin masak. Cakap je nak makan apa…secepat kilat dia buat.

Ada yang komen lagi….mak kita ke masak??Adoiiiiii….kitalah masak. Dia kata kita masak cam rupe mak kita masak.Hehehehehe…biasalah mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Tapiiiii…makkk tetap sentapppp…setahun takmau masaklah…….

1 thought on “Orang Lain Buat Orang Lain Yang Dapat Nama Plak…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge