Semoga ada hari esok untuk dia….

 

892168_3058379476580_1369787849_o

Dia…Arifah…sahabat saya bekas rakan opis saya di HSK.

Wajah manisnya menyembunyikan seribu kedukaan dan kesakitan yang dialaminya. Wajah comelnya menyembunyikan rasa ketakutan yang ditanggungnya.

Saya memang bangga dengan Ifa. Bangga sebab dia berjaya melawan penyakitnya.

Lebih kurang 4-5 bulan yang lepas, sewaktu kandungannya lebih kurang 5-6 bulan..doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi Kanser Kalenjar peringkat 4. Saya yang mendapat tahu kabar itupun bagaikan hancur luluh jiwa raga apatah lagi dia yang menghadapinya.

Tapi…dia seorang kuat semangat. Dengan kandungan yang semakin membesar, dia tetap meneruskan kandungannya dengan rawatan kimo yang sedang berjalan.

Kasihan kan? Tapi Allah Maha Besar, 2 minggu lepas…dia dengan selamat telah melahirkan anak ke 2 dengan ┬ácara normal. Dan anaknya sihat walafiat tanpa sebarang cacat cela. Itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal.

Minggu depan, dia akan menjalani kimo buat kali ke 5. Saya peluk dia kuat-kuat. Sebak dari dalam hati. Tapi dia…tetap steady. Doa saya untuk dia, semoga sihat seperti sediakala. Memang kita tak nampak keperitan yang dia alami. Hanya dia dan Tuhan mengetahui.

464_3055663848691_707729978_n

┬áSemoga persahabatan kita kekal selamanya…

6 thoughts on “Semoga ada hari esok untuk dia….”

  1. Lin, kesiannya efa..If Lin pergi melawat dia cakap kat dia Kak Ziana kirim salam. Cakap kat dia jugak..Tu Allah sedang uji nak naik kan taraf imam dia. Semoga dia Sembuh Lin, If Lin nak g bebila roger akak, akak nak kirim sesuatu kat dia..
    ziana recently posted..Ada sesapa nak ikut ke?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge