Jumpa Kakak Bunga Rose :)

Bila tak kenal maka berkenalan…

Bila tak jumpa maka buat perjumpaan…

Bila dijemput maka kita datanglah…hehehehehe..

Pertama kali bersua haritu di rumah Kak Chik a.k.a Ella..kali ni bertemu dirumahnya pulak.

Minggu lepas dapat undangan dari Kakak Bunga Rose kita…sapa lagi kalau bukan Kak Yon. Memang dari awal lagi nak cakap ngan Encik Suami nak gak gi rumah Kak Yon kat Desa Alam, Shah Alam.

Kami sampai agak lambat sebab pusing-pusing cari tak jumpa jalan umah Kak Yon. Hampir pukul 3 petang baru jumpa rumah dia. Nasib baik masih ada orang lagi. Kak Yon pun dah tukar baju….hehehehehe…

Sampai jek terus makan sebab lapar sudah….hehehehe…memang sedap-sedap makanannya. Dan paling best gulai ke masak lemak rebung. 1st time makan.

Memang saya teruja sangat sebab tengok bunga-bunga rose yang penuh ditaman rumah Kak Yon walaupun sebahagiannya dah tidak berbunga. Yang luar pagar sedang kembang mekar.

SAM_1484

Memang benar kata Kak Yon seperti dalam FBnya…tiada ruang. Penuh dengan bunga rose. Tiba-tiba macam minat ngan bunga rose plak…tapi tak berani nak try sebab nanti tinggal dedaun nan kering jek…hehehehe…

SAM_1482

Yey….bergambar dengan tuan rumah yang best. Makanan best. Semua best. Terima kasih daun keladi, kalau dusi jemputlah lagi ye Kak Yon…hehehehe….tapi tak sempat jumpa Kak Chik a.k.a Ella  sebab berkejar nak ke kenduri satu lagi..Apapun luv you….

2 thoughts on “Jumpa Kakak Bunga Rose :)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge