Jalan-Jalan Cari Makan di Murni Discovery

Restoran Murni Discovery? Korang pernah dengar atau pernah kesana? Ada apa kat sana tu?

Sebenarnya Restoran Murni Discovery ni adalah restoran kat area Subang Jaya. Direkomen oleh adik kecik saya, Murni. Mentang-mentang nama dia Murnikan. LOL! Nama yang tak komersial langsung tapi bila sampai kat situ…memang happening. Ramai orang sedang menikmati hidangan tanpa toleh kiri kanan. Menurut adik ipar saya, Yuz..suami kepada adik kecik saya, Murni… Restoran Murni Discovery ni memang tak pernah tak penuh ngan manusia. Tak kira hari apa sentiasa full house.

Restoran Murni Discovery ni 2 tingkat. Kalau kat bawah tu memang sesuai untuk lepak-lepak atau ngombrol2 ngan kawan-kawan. Kami pilih tingkat atas sebab ada budak-budak…selesa sikit.

Okay…jom kita tengok menu yang sangat special di Restoran Murni Discovery.

Signature/Makanan yang popular :-

  1. Nasi Lemak Murni Discovery
  2. Roti Hawaii (direkomenkan)
  3. Roti Beckham (direkomenkan)
  4. Roti Seafood
  5. Naan Mozarella Cheese Ham bacon (direkomenkan)
  6. Tandoori Chicken
  7. Dragon Pizza (direkomenkan)
  8. Spaghetti Carbonara (direkomenkan)
  9. Spaghetti Seafood
  10. Spaghetti Beef Meat Ball (direkomenkan)
  11. Chicken Chop Special (direkomenkan)
  12. Sizzling Chicken Chop
  13. Chicken Napolean (direkomenkan)
  14. Claypot Lou Shu Fan (direkomen)
  15. Mee Utara
  16. Mee Raja (direkomenkan
  17. Nasi Goreng Bacon
  18. Nasi Goreng Meletup (Super Pedas) (direkomenkan)
  19. Nasi Goreng Chicken Chop (direkomen)
  20. Nasi Goreng Seafood (direkomenkan)
  21. Nasi Goreng Napolean (direkomenkan)
  22. Nasi Goreng Soft Shell Crabs
  23. Roti Ronaldo
  24. Triple H
  25. American Club Sandwich
  26. Supper Set (direkomenkan)
  27. Beef Meat Balls (direkomenkan)

Signature Beverages :

  1. Milo Dinosaur (direkomenkan)
  2. Teh Tarik Terapung
  3. 3 layer Tea (direkomenkan)
  4. Water Melon Juice
  5. Honey Dew Juice
  6. Teh O’ Ais Longan/Lychee
  7. Manggo Special (direkomenkan)
  8. Ribena Special
  9. Lily Special
  10. Pink Panther Special (direkomenkan)
  11. I Love You
  12. I Miss You
  13. Poison
  14. Greenish Special

Terasa tekak nak makan macam-macam. Semua pakat order sorang satu tapi kuantiti makanan di Restoran Murni Discovery memang sangat berbaloi. Kami order Nasi Goreng Napoleon (RM8), Nasi Goreng Meletop (RM8), Omelette French Fries (RM5), Keowteow (RM8), Chicken Chop (RM8), Beef Stick (RM15) & Keowteow Kungfu (8).

I Miss U-I Love U-I Hate U jek takde lagi….

Nasik Goreng Meletop…..memang sedap dan banyakkk. Boleh makan 2 orang. Ada udang, sotong, ayam & kerang. Berbaloi-baloi harga RM8. Saya suka sebab ianya pedas…..

Kalau korang nak try kat Murni Discovery ni memang di rekomenkan sangat-sangat. Bukan sahaja sedap tapi murahhh….Dan saya cadangkan..kalau order tu lebih baik kongsi berdua @ bertiga pada yang tidak kuat makan sebab nanti tak habis macam saya 🙂

Ni alamatnya : Restoran Murni Discovery- 2 Jalan PJU 1/3d, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

3 thoughts on “Jalan-Jalan Cari Makan di Murni Discovery”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge